11 Ogos 2010

Dugaan pertama permulaan ramadhanku.

Hari ini merupakan hari pertama kita menunaikan kewajipan kita sebagai umat islam, hari pertama kita menyesuaikan kembali kepada suasana berpuasa. Letih la jugak sebab pagi tadi aku sahur dengan flakes jer tapi alhamdulillah berjaya jugak puasa sehingga berbuka tadi.


Tapi aku terpaksa luahkan kat blog ni bagaimana permulaan ramadhanku yang agak mendukacitakan. Petang tadi semasa tengah bekerja incharge aku memberitahu nama aku tersingkir sebagai calon untuk mendapat kenaikan tangga gaji iaitu P2. Aku lihat semua dikalangan kami layak dan tersenarai untuk dinaikkan gaji selepas sahaja segala borang-borang lulus untuk dimajukan ke pihak atasan. Rasa tersentap juga bila melihat senarai semua yang layak dan hanya aku seorang sahaja yg gagal dicalonkan. Termenung terkenangkan gaji aku yang sememangnyer paling sikit dikalangan kawan-kawanku.


Soalan pertama yang i/c aku tanyakan "jal ko ada buat hal ape dengan KBK?" kbk(ketua bhg kejuruteraan),
aku menjawab "oohh mesti pasal hal hari tu yang saya bertekak pasal airworthiness dan safety penerbangan" terus didalam kepala hotak aku teringat kata-kata dendam dia terhadap aku masa aku bertekak. Namun ape yang aku suarakan hanyalah perkara yang betul dan juga benar segala-galanya. Aku cuba untuk menegakkan kebenaran sahaja tapi kbk itu menganggap pendapatku itu tidak berguna langsung memandangkan aku hanya seorang teknisyen cabuk yang tidak tahu apa-apa mengenai aircraft. Penerangan yang diberikan oleh kbk itu sememangnya membahayakan penumpang pesawat kerana membenarkan penerbangan dilakukan walaupun 'fuel indication not reliable with actual quantity'. Sebagai teknisyen ketukangan enjin aku tahu itu adalah perkara paling merbahaya jika terjadi sesuatu contohya cuaca buruk dan pesawat memerlukan masa yang lebih lama diudara untuk mendapat kebenaran mendarat dan juga keadaan cuaca yang mengizinkan. Setiap patah perkataan yang aku suarakan hanaya ditertawakan oleh kbk yang menganggap dirinya sebagai seorang engineer, tapi pada hakikatnya dia sememangnya 'lopong' dan hanya berpegang pada imaginasi beliau yang sentiasa membahayakan. Puas aku menerangkan tapi tidak diendahkan malah menganggap aku mahu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang engineer. Nada suara aku semakin tinggi ketika berbalah mengenai masalah ini  sehinggakan dia memasang niat untuk membalas dendamnya padaku. Aku naikkan nada suara kerana dia seakan-akan bukan berfikir menggunakan otak tapi menggunakan amarahnya terhadap aku. Pantang perkara yang betul disalahkan, itu adalah pantang aku!!


Disebabkan aku sedang puasa perkara ini terpaksa aku biarkan dan tidak mahu berfikir banyak. Siapalah aku ini hanya seorang pekerja berkasta bawahan. Disebabkan tindakan dia yang tidak mahu meluluskan incharge aku untuk menaikkan gaji, terpaksalah aku terima gaji yang sedia ada di takat yang paling rendah dikalangan batch aku dan aku pun telah demoralized. Terima kasih pada incharge ku yang sentiasa prihatin terhadap masalah dan juga kebajikan anak buah. Tapi kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana kita dibawahnya.


Mungkin hari-hari yang mendatang aku tidak lagi akan rajin bekerja seperti dulu tak mengira waktu dan tempat aku sanggup lakukan walaupun ditempat yang menyeksakan seperti yang terjadi di lapangan terbang tawau, kami tiada masa untuk makan selama sehari semata-mata untuk menyiapkan pesawat dengan secepat mungkin. Cukuplah setakat ini penat lelahku, mungkin satu masa nanti aku akan berhenti dari tempat kerja yang penuh dengan hasad dengki ini. Semoga Allah bukakan pintu rezkiku seluas-luasnya nanti InsyAllah.
Hyprobulksms

10 ulasan:

NUNU EERA berkata...

permulaan puasa sy juga xb'jalan dgn lancar..:(

faizalfretless berkata...

sabar la eera erh..dugaan tu nikmat sebenarnya...

azizan4444 berkata...

dugaan tu bro.harap ramadan kali ni lebih banyak rezeki yg kita dpt...

faizalfretless berkata...

aah la zizan....dugaan tu sebagai pintu kepada kejayaan kalau kita sabar dan istiqamah dlm mencapai sesuatu.

CITY® berkata...

salam mat racing,

waaaaaaaaaaaaaa kerja dlm bidang aircraft? kat ner nih? klia, subang, tudm mana? heee...

bermakna u awam lah kan sebab ada p2 segala. i pun masih p1, cuma dah dapat kanan sahaja. ptk hanya dapat 3 3 belum dpt 4 4 , so mana leh dapat anjakan gaji atau naik ke p2. jangan cepat putus asa. kalau dah usaha segala, fikir pula rezeki semua tuhan yg bagi. so, hati akan menjadi tenang, insyaAllah...

selamat berpuasa dan beribdah semoga puasa dan ibadah kita diterima. amin

Mario berkata...

salah satu sbb aku suka blog ialah sbb ni lah...demoralised kat tmpt keje...
kadang2 kebenaran tak perlu nak bertekak...bos always right walaupun mulut dia kata...ada apa2 masalh...bgtau... semua tu tipu belaka...malas nak ckp...nnt makin lama makin ko tau...perhati dan learn something...k bro... slmt berjuang

faizalfretless berkata...

BLUECITY: yup sy kje bhg senggaraan pesawat tudm, tu la wak, sy sentiasa fikir mungkin Allah nk bagi sesuatu yg lebih baik dari ni...saya pasrah dgn ni tp saya akan pastikan sesuatu yg baik akan muncul satu hari nanti, thanks 4 comments.
MARIO: btl jugak kata2 ko bro mario, mmg camni la life aku sepanjang kje ngan gov ni.yg diatas ttp diatas, yg dibwah walaupun dh tahap pakar pon drg ttp BESAR KEPALA'...sy redha jela setakat ni, rezki tu urusan ALlah juga, kita hanya berusaha...thanks gak sbb komen kat blog yg tak seberapa ni..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Lain kali buat bodo jer, nnt jadi apa2 tunjuk jer 10 jari tu kt dia ! padan muka dia nnt..

p/s - suka bc blog org ahaks.. :D

Tanpa Nama berkata...

aku pun mengalami kedukaan yg sama, kwn2 lain yg satu batch dh kenyang mkn gaji kanan, confirm pun sudah. aku nie mangsa keadaan. tp aku juga percaya, sesungguhnya Allah menjanjikan sesuatu yg lbh baik utk kita esok hari..

p/s - sama2 kita bersabar yer.. kalo mmg rezeki kita, x kemana.. mmg itu hak kita, itu janji Allah..

faizalfretless berkata...

yep bro, slalu aku fikir ada sesuatu yg lebeh baik menanti aku , dgn cara tu fikiran aku tenang jer...Allah maha adil...takyah risau hehehe.

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)