Setiap orang ada kenangan masa zaman kecik-kecik dulu kan. Sambil duduk kat pangkin minum air kopi dengan biskut kering ni teringat plak aku masa budak-budak dulu. So aku nak kongsikan sedikit dari kenangan-kenangan aku satu masa dulu. Bab permainan-permainan tradisi yang dah dilupakan sekarang. Mungkin ada permainan tradisional yang akan aku ceritakan kat sini korang tak penah dengar. Hehe asik kenangan je aku kan, bak kate kawan-kawan aku diorang ckap blog aku ni bnyk mengimbau masa lalu. Whatever la blog aku, bantai jelah.
Kebanyakan permainan-permainan kat kampung aku dulu ikut musim jugak, tak semua permainan dimain serentak. Contohnya ketika hampir musim tengkujuh angin kuat, so layang-layang dan wau adalah permainan yang utama masa tu. Layang-layang tu diperbuat dari lidi, suratkhabar dengan getah pokok getah.Setiap kali balik dari sekolah terus tukar baju bergegas capai layang-layang masing-masing. Kumpulkan geng-geng pastu naikkan sekali ramai-ramai. Memang meriah giler la masa tu. Pastu kadang2 ramai jugak yang tinggal terus layang2 tadi diudara. Keesokan paginya tengok-tengok dah terhempas haha biaselah bila malam masuk ke pagi angin bertukar haluan. Jadi layang2 tadi tak stabil bila berubah haluan angin. Kalau musim cuti sekolah lepas je sarapan pagi terus pegi port. Port aku dulu kat kuari sebab luas angin pun kuat. Sehari suntuk kat sana sampai la petang. Penat tak terasa bila duduk ramai-ramai sampai tak ingat nak makan hehe.
Gasing jugak antara permainan favourite kat kampung ni. Masing-masing alter gasing sendiri, ada yang kasi thumb tac la rebus dalam minyak enjin la, rendam dalam longkang la macam-macam lagi. Yelah nak bagi gasing tu kuat dan padat, bila kena pangkah nanti takla cepat pecah. Dulu gasing dalam 50sen jer. Kadang2 tu buat sendiri. Cara pangkah pun ada macam2 gaya, pangkah layang, pangkah batok macam2 la. Ada tu plak silap angle terkena kepala member sendiri. Tu adatlah. Aku sendiri penah kena kat tulang keting adoii sakit giler. main gasing ni ada pangkat2nya dari perdana menteri, tim. menteri, menteri sampai la kuli batak haha. Tu gelara bagi pusingan pertama nak tentukan sape pangkah sape. Aku dah tak berape ingat nak citer pasal pangkat tu.
Kadang-kadang ada pulak budak2 kampong masa tu main satu permainan panjat pokok. Sape paling cepat dan paling tinggi panjat pokok dia selamat la, Nama permainan tu '1 2 3 dum' ntah korang penah dengar tah tidak. Area Johor punya permainan. Osom pastu sape yang kalah kena pegang galah, kira 1,2,3 pastu sape yang selamat tadi tu kena lari secepat mungkin panjat pokok hehe..sape yang tak cukup tinggi dan terkena galah sape yang jadi tu kena turun lah kena pegang galah pulak. Gitu la ceritanya.
Polis sentry plak selalunya budak-budak kampung aku main masa ada rewang atau malam masa org kampung gotong royong untuk kenduri kahwen. Main gelap-gelap habis periuk semua kami langgar. Kalau ada sepuluh orang so kena divide dua, 5/5. Lima jadi polis lima lagi jadi penjahat. Polis kena tangkap penjahat sampai habis masuk lokap. Lokap tu takla macam lokap betol tapi lokap dijaga oleh anggota polis tadi hehe. Bila habis polis tangkap orang jahat, tukar plak. Jahat tadi jadi polis. Kemenangan dikira berapa round geng tadi menang.. Selalunya main 5 set dah pewai semua huahuahua..
Konda -kondi musti korang tau kan? kat tempat aku kitorang panggil cotek ayam. Permainan ni kadang-kadang tak tengok musim. Bantai jer kalau dah bosan dengan permainan sebelumnya. So aku tak payah la nak cerita camne nak main permainan tu k.
Penah dengar senapang lantap tak? Senapang tu dibuat dari buluh, menggunakan peluru dari buah cerperai. Kalau kena sakit woo. Selalu dimainkan kat kawasan semak samun sbb nk bagi thrill. Konsep sama macam polis sentry tu, orang jahat lawan orang baik. Selalunya kalau dah musim main benda ni kat basikal tu tersangkut lah buluh lantap kemana saje pergi. Pastu tak pasal-pasal ada anak dara sunti kena tembak kat punggung huahuahua. Nakal betol masa tu tak hengat.
Kalau nak taip kat sini semua rasanya memang banyak la. Cukup aku kongsi yang mana masih segar dalam ingatan aku (macam lagu xpdc pulak dah). Ting-ting la galah panjang la baling kasut la dam macam-macam lagi. Semua tu hasil kreativiti orang-orang yang terdahulu. Sampaikan lori bawak tanah pun buat. Abang aku sampai boleh buat bajak korek buat korek longkang. Pistol pakai belerang mancis pun ada. Phewww.. mula dah otak aku tetibe kat dalam zaman tu. Okay la penat la taip banyak-banyak. Harap korang enjoy ape yang aku kongsikan kat sini. Tergelak-gelak aku taip ni hahaha..Cal0 bette. Assalamualaikum.
20 Februari 2011
17 Februari 2011
Alam mistik:1
![]() |
| hiasan dari google |
Ada satu hari tu aku penah follow geng perubatan tradisional ni merawat orang kena gangguan jin di utara tanahair. Si suami pesakit pnh cakap kdg2 bila mlm bini dia selalu mengigau kdg2 cakap bahasa tamil, cina, jawa dan lain2 lagi. Si isteri dia ni boleh melihat makhluk halus. Penah satu masa dulu dia juga boleh merawat org kena gangguan jin. Akibat terlalu kerap si suami ni melihat sendiri si isterinya buat perkara2 pelik so dia dpt agak mungkin ni bukan sakit biasa ataupun sakit mental. Bila keadaan biasa dia normal jer takde pun buat merapu2.
Setibanya crew perubatan ni dgn aku, terasa seperti ada dua angin lintas didepan muka kami, panas dan sejuk selain rumah dia yg agak muram tatkala malam menjelma..hehe.. kami berempat dan masing2 ada tugasan sendiri. Sampai saja depan rumah pesakit, leader kami trus duduk di perkarangan laman umah sambil menghisap rokok sebatang dua sambil mengkaji keadaan sekeliling. Aku dengan tidak sengaja terlihat ada objek hitam berlalu dgn pantas di kiri rumah memandangkan tepi rumahnya ditanam dgn pokok2 cili dan pisang. Kami buat dekk jer maybe dia dah datang bak kata membe aku yg sorang ni. Selesai 'scan' kawasan luar kami masuk dalam dan bermulalah temuramah antara perawat dan pesakit. Dalam berbual2 tu tiba2 pesakit meracau dgn bahasa2 pelik sambil memegang lehernya. Tindakan pertama dilakukan dgn serta merta oleh seorang dari crew perubatan tu. Agak malang kerana tak berkesan. Disusuli dgn tindakan2 dari crew lain bergabung melawan rasukan tersebut. Pesakit kelihatan seperti tidak boleh bernafas dan ada benda yg menyekat kerongkongnya. Hampir setengah jam berlawan namun usaha masih buntu. Kami harus ke lokasi berikutnya kerana ada tempat lain harus dituju, kes yg terjadi kepada adik kpd salah seorang perawat sendiri di Yan Kedah. Kerana waktu dah jauh malam, maka terpaksalah kami membahagikan kpd dua kumpulan..Aku terpaksa bertiga ke rumah seterusnya kerana faktor waktu..kami bergerak ke lokasi berikutnya..sambil memikirkan berjayakah crew yg kami tinggalkan mengatasi masalah tersebut..sampai2 disana Alhamdulillah masalah diatasi dgn mudah berkat dari yg Esa.
Keesokan harinya kami bertiga berjumpa dgn crew yg merawat pesakit kerasukan. Mereka mengatakan masalah dapat diatasi . Cuma kaedah yg mereka gunakan pada awalnya itu tidak serasi dengan pesakit. Kini kedua2 pesakit berjaya disembuhkan. Tahniah kpd mereka, syukur kepada Allah..Wallahualam..
14 Februari 2011
Valentine vs Maulidurrasul versi sarawak
Assalamualaikum
Hari ni aku nk wat post bahase lain plak, bosan la cakap melayu biase jer..Bahasa melayu sarawak okey, are you ready??
Ok lah sbnrnya mek sikda idea pa mok dipolah dlm blog towk, hanya sekadar apa yg dh ditangga kamek dalam dunia seharian. Nyalah hari towk ramei padah hari org bercinta nak? hari valentine, dh lelah meh padah kt sidak yg slalu smbut hari angol ya lagik paloi wakakaka. Ngegeh mok sambut pahal la eh, padahal ya adalah hari smbutan org kristian jak, bia lah sidakya smbut, ktk org sikboh smbut mun ktk org islam, bgus lagi ktk org smbut maulidurrasul, kenangkan jasa2 Nabi Muhammad s.a.w dlm mmperjuangkan islam, apa juak mok dipolah nangga dolok kitak org apa, melayu kah, islam kah atau apa2 yg lain.
Dalam beronline2 tek, kmk ada nangga gamba yg bagus utk kaum pmpuan towk. Sikboh merik gangguan seksual pada kmk org llaki. Ya lah, sblm2 towk semua pmpuan padah kmk org laki slalu molah gguan seksual kt sidak padahal ktk org lah yg tidak putus2 merik gguan seksual dengan sengaja lagi terang- terangan nk?? camni tok? ktk org sik apat mok elak lagi, makei jeans ketat, kasi org lain tangga burit tangga susu semua ktk org blanja oiii org pempuan. Bukan mok blame apa lah, tapi nyata dah nk? Kalau ktk org sndirik polah camya camni nk mngurangkan jenayah seksual? Makin meriah lah camya. Hurmm mesti dr kalangan org pempuan sik suka apa yang di taip dlm entry towk. Apa2lah, kmk mok nsehat sikboh lah makei seksi2 indah camya, kelak dosa di akhirat sinun sik apat mok ditebus lagik..Mun makei tudung pun tapi yg lain ketat timbul2 serupa sik boh makei jak..sama eh. Dah lah mata berat gilak tok eh. Sory mun ayat atau bhsa kamek towk sedikit kasar atau menyinggung perasaan kaum hawa. Sory juak mun kmk klaka bhsa sarawak berterabur sbb mek masih blaja ekekeke.... thanks 4 reading.
![]() |
| KREDIT TO IDA NADIA @FB |
Hahaha sorylah pada sape2 yang tak brape paham tu wat2 paham sudahhh ekekekeke...nnt tanya kawan2 korang yg asal dari sarawak yer...
11 Februari 2011
1.1.11? 11.1.11? 1.11.11? Korang tengok tarikh ni betol-betol, korang pasti terkena!
![]() |
| Gambo rembat kat google, hiasan jer. |
So 23(umur tahun nie)+88(dua digit terakhir tahun lahir anda)=111 betol tak?? Benda ni aku pon tak tau ape pasal, keajaiban yang Esa, aku nk terangkan tak pandai, so pandai-pandai ler pikir sendiri yer......selamat menchuba..
Oh yer ,idea ni aku amek dari membe fesbuk aku...Just utk perkongsian yer.
05 Februari 2011
Kejuruteraan TUDM
Nak citer la bab kapal TUDM hal penerbangan ni sebab aku tgk skuadron jiran aku dok hantar 3 biji Charlie C-130 utk selamatkan rakyat kita kat sana. Selama ni setiap kali aku outstation aku mesti naik kapal ni tapi tahukah anda semua kapal Tudm ni kami sendiri yang selenggara, but some a/craft ada gak yang swasta ambik. Ramai yg tak tahu kepakaran juruteknik2 Tudm ni melebihi dari juruteknik kapal terbang kat luar sana. Tapi tak tau lah pulak sbb ni aku review dari mereka yg tak percaya bidang tugas kami ni terlebih spect. Contohnya mereka dari department Airasia or Mas. Engineer does what they should, and technician done what engineer said. For the Airforces although he just a beginner technician or just a mechanic but sometimes should take place as an engineer lorh. Bergantung pada keadaaan lah. Incarge takde anak buah pon boleh. So kat situ dgn tak sengaja dia dh terjadi engineer secara tak sengajer. Untung kan? kadang2 tak faham dgn kerja kami, juruteknik ke jurutera sbb jarang sgt pilot jumpe engineer klu ada masalah, biasanyer jmpe tradesman terus lagi senang. Walau sijil2 kami tak setaraf MIAT ke or ape yg high class sgt tu tapi insyAllah no hal punyer hahaha. We'll take it with breathing.
![]() |
| C-130 |
Kapal airforce ni tak la best sgt sebenarnya yelah mksud aku kapal kargo la katakan, so dalam tu biase je tak slesa mana pun. Nama pun kapal perang hehehe. Kelebihan a/craft yg ada enjin kipas-kipas ni boleh bawak kargo berat2, bleh short takeoff, short landing. Tak laju maner tapi sgt reliable utk landing kt mane2 tak kire pasir ke, salji ke, padang bola ke tapi tak leh la kat pdg bola tak ckup panjang. Dalam tu gak bleh tukar2 roll, nk jadi vip boleh, parajump boleh, nk tabur benih awan boleh nk angkut kete kebal pon boleh, nak jadi stesen minyak kat udara pon boleh dowh. Haku ckp ni utk kapal beso la C-130 tu. Kalau CN235 ada dua tasking tak bole buat. AAR(air to air refuelling) sbb takde probe dgn pembenihan awan sebab tak pnh plak aku tgk, yang len tu hayun semacam. C-130 buatan Lockheed U.S, CN235 buatan Casa subcon kat indon. Ada paham? 2015 dijangka lah Tudm akan dapat pesawat kargo baru nama dia Airbus A400PTM. Power giler tu tgk blade lah hahaha..Besar, laju dan canggih. Tapi masa tu maybe aku dh retire. Nak tukar kerjaya plak la, mane tau ada rezki aku kat Abu Dhabi ke or kat Dubai. Cita-cita aku gak tu. Konon lah..tak pun kje kat hub Mas or Air asia pun dah cukup baik derr.
Rasanya cukup la takat tu tuk korang tau sket2..nk bebel panjang2 tak pandai.. Assalamualaikum.
Thanks 4 reading- me
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
ISLAM
(37)
aku
(29)
PEDOMAN
(12)
kenangan
(12)
aku merepek
(8)
buka minda
(7)
hidup
(5)
KERJAYA
(4)
LIRIK
(4)
muzik
(4)
AIDILFITRI
(3)
ALAM MISTIK
(3)
INFORMASI
(3)
JODOH
(3)
KEMBARA
(3)
LAGU
(3)
MATI
(3)
PENGHAYATAN
(3)
Puitis
(3)
RENUNGAN
(3)
SARAWAK
(3)
TUDM
(3)
sukan
(3)
2011
(2)
AL QURAN
(2)
Aircraft
(2)
FILEM
(2)
FREEMASON
(2)
INDONESIA
(2)
JENAYAH
(2)
KASIH IBU
(2)
KEBENARAN
(2)
KEJURUTERAAN
(2)
PATRIOTIK
(2)
PERJUANGAN
(2)
SEJARAH
(2)
TAUBAT
(2)
UCAPAN
(2)
YAHUDI
(2)
bisnes internet
(2)
keje
(2)
memasak
(2)
motor
(2)
resepi
(2)
sajak malam
(2)
100PLUS
(1)
2010
(1)
7TRIBE
(1)
ALAM KUBUR
(1)
AMY SEARCH
(1)
ANJING
(1)
ART OF LIFE
(1)
ARTIST
(1)
BAHASA
(1)
BAIK
(1)
BINATANG
(1)
BIRTHDAY
(1)
BISNES
(1)
BRUTAL
(1)
BURJ DUBAI
(1)
C-130
(1)
CALL
(1)
CINTA
(1)
CN235
(1)
CRIME
(1)
DARJAH SATU
(1)
DRUM
(1)
DUA LAUTAN
(1)
DUNIA
(1)
FACEBOOK
(1)
GAME
(1)
GITAR
(1)
GULA
(1)
HAIWAN
(1)
HARGA
(1)
HOBI GAMBAR TRAVEL
(1)
IT
(1)
Indon
(1)
JAHAT
(1)
JAMMING
(1)
JAPAN
(1)
JIWANG
(1)
JOHOR
(1)
KEBENARAN BUKA MINDA
(1)
KEDAI GITAR
(1)
KEYBOARD
(1)
LAMUNAN
(1)
LANEY
(1)
MAKANAN
(1)
MALAYSIA
(1)
MAULIDURRASUL
(1)
MEKAH
(1)
MERAPU
(1)
MICROGENIUS
(1)
MIMPI
(1)
MUSIC
(1)
Maling
(1)
NABI MUHAMMAD S.A.W
(1)
NEGATIF
(1)
NIPPON
(1)
PEAVEY
(1)
PELIK
(1)
PERMAINAN
(1)
PERMANDANGAN
(1)
PESAWAT PEJUANG-BHG 1
(1)
POSITIF
(1)
SAINS
(1)
SHARING
(1)
SMS
(1)
SYAWAL
(1)
Syair
(1)
TAGGED
(1)
TAIPEI 101
(1)
TAKWIM
(1)
TARIKH
(1)
THE RAFFLES
(1)
THE TRUTH
(1)
TIMUR BARAT
(1)
TRADISI
(1)
TULISAN
(1)
VALENTINE
(1)
VIOLIN
(1)
VIRUS
(1)
X-JAPAN
(1)
XPDC
(1)
ZINA
(1)
ZYNGA POKER
(1)
anak
(1)
belasah jer
(1)
bolasepak
(1)
ekspidisi
(1)
fakta menarik
(1)
gadget
(1)
gaduh
(1)
handphone
(1)
jelajah
(1)
kamera
(1)
kasih sayang
(1)
kekeluargaan
(1)
kuching
(1)
memori
(1)
nasihat
(1)
olympic
(1)
pakistan
(1)
pengkebumian
(1)
politik
(1)
saudara
(1)






