17 Disember 2010

Zynga Poker


Takyah aku nak bagitau amende menatang Zynga nih. Ramai yang tau, kalau anda tak tau especially pompuan leh tanya balak2 korang benda nih. Bagi sesiapa yang tak tau ni adalah poker atau judi siber. Ramai membe2 aku ketagih benda ni sampai tak tido dibuatnyer. 

Permulaan aku jumpa game ni kat Tagged, masa tu aku ada akaun tagged tapi skg takde dah. Tengok membe aku main macam bosan jer tapi bila aku test mak aihh best la pulak. hampir setiap hari aku main menatang ni tak kira bila waktu free. Dalam tu ada chip atau pun senang cakap duit ler duit palsu. Ada menang ada masyukk. tak menang jgn harap haha. Tapi Zynga bagi chip free setiap hari bagi sesape yang rajin main. Paling best bila duduk satu table dgn kawan2 tempat keje pastu kasi taruh gila-gila. Esok tu pulak cerita kat tempat keje dh macam takde keje huahuahua. 

Ada pulak membe2 aku yang dapat banyak chip siap jual RM5 utk satu juta chip. Wahh jadi bisnes pulak. Tapi ok la tolong kawan2, kadang2 tu ada plak yg tensen sbb kalah pastu tak main sampai seminggu. Bagi aku poker ni just utk hiburan jer. Time tak tau nk watpe baru aku layan zynga poker nih. Syok lagi bila line berukband ni laju kalau tak mmg terhegeh2. 

Selain dari tu blh dapat membe2 dari serata dunia. Server connect satu dunia. Dh antarabangsa ni ada la pulak kutuk mengutuk adoiiyaiii. Siap gado2 plak tue nak2 dgn jiran kita ada jer topik nk buat gado.
Xpelah kalau korang ni penggemar poker leh la isi masa lapang kalau takle nak membuta hahaha...
Hyprobulksms

14 Disember 2010

Mana satukah pilihan aku???

"Ape lah yang merungsingkan aku sangat malam nie, manakah pilihan yang patut aku buat. Tahun depan perlu ke aku sain atau tak? Perlu ke aku menyambung perkhidmatan aku? Kalau tgk skg ni jer memang aku dah tak bole blah lagi dah. Membe2 pun dah surut semua dah benti dan beralih ke Mas dan AirAsia. Perlu ke aku tanggung benda yang saban hari menjengkelkan aku? Pilihan aku salah ke? Arghh...aku rasa aku tak silap pilih jalan cume mungkin ini satu peluang bagi aku. Ada yang kata pencen ada jugak yang kata benti jer. Kalau nk ikutkan skrg ni semuanya duit..Apa pun tak bole kalau takde duit. Tapikan duit itu hanya bersifat sementara? Tapi kalau aku teruskan jugak aku tau ape yang bakal aku jumpe nanti. Mungkin korang tak paham dgn keadaan sebab tu dalam hati korang cakap "teruskan jelah dah alang2 tu pencen jelah dan macam2. Keje kerajaan ni ok bukan tak ok cuma ermmm agak ssh nk terangkan kat sini.. 

Skrg ni je dah masuk 8 tahun aku keje dan pengalaman keje aku kat bahagian aviation ni masuk 7 tahun. Agak kuat disitu tapi ekonomi bila-bila bole berubah kan? Masih di tahap pemikiran yang tak brape kritikal hahaha....Ape pendapat korang ek tapi korang takle nk bagi keputusan tepat sbb aku tak cerita pasal ape aku nak benti awal. Kalau aku jadik benti ni memang kira kering la.3-4 tahun lagi kita tak tau pe jadi...ye aku tau ler.. adoiii so complicated lah kawan. Kawen pon tak lagi hutang rumah pun berlambak nk kna bayor lagi aduhh. Tapi dah itu je harta yang aku ada..manelah aku nak duduk klu tak beli umah kan. Sekarani pehal la semua benda mahal2 takle murah2 ke?? hahaha..gelak je aku taip post ni pehal tah.. Aku rasa aku nk bumi cawangan baru la, aku nak buat kerajaan aku sendiri aku yang manage hehe...Giler ke hape..

Hurmmm ...takpelah saje jer tangan aku ni gatal nak taip.. tq gak pada sape2 yang tak sengaja baca post ni hahahaha....babaiii..


Hyprobulksms

Setitis tinta dimalam hening

Dalam kesesakan dunia masakini kita  semakin alpa dengan apa tujuan kita diciptakan didunia. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan cabaran dan juga muslihat tersendiri buat kita mengenal diri untuk menemukan apa yang dihajatiNya. 

Maka walaupun tanpa kita sedari, kita masih didalam belenggu hasutan syaitan setiap minit dan setiap waktu, merentas masa dengan tanpa sesaat pun digoda oleh syaitan laknatullah. Apalah ini suatu dugaan ataupun alasan untuk kita terus berjuang kembali kejalanNya. 

Indahnya alam ini sengaja dicipta oleh Allah S.W.T yang esa untuk kita renungi dan nikmati secebis nikmat iaitu nikmat duniawi yang kadangkala membuat kita tenggelam dalam keindahan-keindahan yang ada. Itu hanyalah lampias dari sedikit keagungannya wahai kawan. Andai kita merasai itu adalah nikmat maka adalah jauh sekali nikmat di syurgawi yang Allah janjikan. Cukuplah dgn nikmat yang diberikanmu ya Allah. Aku hampir tenggelam dengan cubaan-cubaan Mu.

Tetapkanlah imanku, keluargaku, sahabat-sahabatku juga saudara-saudara se-islamku, semoga kita bersatu menghadapi hari kiamat juga meniti titian siratalmustaqim dengan jayanya kelak. Juga berkatilah rezeki-rezeki kamu yang kau berikan ya Allah. Sesungguhnya kami amat mensyukuri pemberian Mu kerana itu adalah yang terbaik dari Mu kepada kami. Cucurilah rahmat keatas nabi junjungan kami nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat nabi, para anbiya, ulama' juga para pejuang-pejuang islam dimasa lalu. Perjuangan mereka adalah sangat-sangat berharga buat kami yang menikmati kelengkapan islam kini. Tanpa mereka siapalah kami, penyambung warisan islam sehingga ke akhir zaman.

~Amin amin ya robbal alamin~

Hyprobulksms

12 Disember 2010

XPDC satu kenangan aku

XPDC-DARJAHSATU
Dengar je Xpdc mungkin skg ni ramai yg dah tak tau kumpulan muzik rock tanahair yg dulu penah menjadi kegilaan bebudak remaja. Mana2 pegi mesti dgr lagu Xpdc dinyanyikan tak kire la radio ke ataupun mulut.
Album pertama XPDC-darjah Satu adalah album pertama yg aku dgr dr kumpulan ni, masa tu aku tak igt brape umur aku. Yang aku ingat kalau dgr lagu C.I.N.T.A je teringat masa pegi jalan-jalan dgn abg aku masa lepas hujan. Masa tu jugak aku baru je lps blaja naik basikal so dgn banggenye aku mengayuh smbil bernyanyikan lagu C.I.N.T.A . Sampai skg aku igt that moment. Abg aku punya keja la ni sbb dia antara rockers sejati yg aku kenal masa tu. Search, Xpdc, Lefthanded. Metallica memang abg aku tapau habis dgn gitar dia. Lepak kat bawah pokok manggis depan rumah atok aku dgn kawan2 dia dgn beberapa gitaris kampung. Rambut ala rock 90'an, kasut Aliph buatan Bata yg dh pupus tu dan dress up yg betol2 rock menguja aku tuk jadi mcm mereka hehehe. Tapi masa tu aku masih kecik lom skolah pon so aku tmpg tgk jela smbil jadi penyanyi latar hahaha..

Ni antara tajuk2 album Darjah Satu-XPDC kat bawah tu ada link untuk korang download satu album terus.

  1. Raja kertas
  2. Aku dan sesuatu
  3. Pelesit mata sebelah
  4. C.I.N.T.A (instrumental)
  5. Gerak 2000
  6. Bukan milik aku
  7. Abadikan tragedi
  8. Cermin dunia
  9. Jangan tak mandi
  10. C.I.N.T.A

XPDC-TIMUR BARAT
Album kedua Xpdc iaitu Timur Barat 1993 ada sedikit perubaha pada struktur lagu sbb lagu2 dlm tu ada sedikit lebih keras dari album Darjah Satu. Tapi masih ada lagu yang agak slow tuk wat layan2. Boleh aku katekan album ni the best lah sbb banyak lagu2 dlm tu yg match ngan life aku masa tu. Sampai sekarang pun aku msh layan lagu2 drg dari album ni bila aku boring. Vokal si Mael org muar a.k.a kampung aku suara dia mmg best. Dari dulu sampai sekarang sama jer suara dia. Ada gak aku terserempak ngan dia kt muo dulu. Tp skg ni dgr dia dh jadi mat per. Apa nak jadila ko Mael. Kalau rasa2 korang yang mmg peminat album Xpdc album ni leh la tgk list lagu ni dan download album link pun aku bagi terus.

  1. Cinta kenangan silam
  2. hamba abdi
  3. Ikatan
  4. Lagu dari aku
  5. Penyakit gatal
  6. Hairan bin ajaib
  7. Talam dua muka
  8. Cinta kenangan silam (instrumental)
  9. Cekal
  10. Impian seroja

XPDC-KITA PENG YU
Antara Album yg mempunyai kualiti sound dan effect yang termantap ialah album ketiga iaitu 'Kita Peng Yu' . Sebenarnya aku hampir lupa nak masukkan cerita mengenai album ni tapi akubat ada seorang sahabat yang dah komen kt post ni aku terus edit supaya aku dan korang tak ketinggalan untuk download dan dengar balik lagu-lagu dari album ni. Terima kasih banyak bro! Memang tak patut aku tinggalkan album ni sebab ni antara yang paling keras penah Xpdc keluarkan. Sound yang agak raw untuk kita dengar masakini. Lau lagu dalam album ni juga antara ter 'hot' dimnainkan di radio tempatan dan jiran kita Singapura. Antara deejay radio yang banyak membantu kumpulan Xpdc ini ialah Isma Halil Hamzah (sory abg isma kalau salah taip nama) dalam rancangan Rennnntakkkk. Kalau tak silap radio THR-time highway radio. tak penah miss beb hahaha.. Okla cakap banyak tak gune sila tgk tajuk2 lagu dan download percuma  :)

  1.  Bahalol
  2. Nafisa
  3. John Jenin
  4. Kita Peng Yu
  5. Kabus semalam
  6. Selendang merdeka
  7. Hijau bumi tuhan
  8. Ntahapahapantah
  9. Titian Perjalanan
  10. Sentuhan Xpdc
DOWNLOAD ALBUM KITA PENG YU

 XPDC-BRUTAL
Setelah sekian lama aku menunggu lebih 4 thun kemunculan album baru last2 keluar gak album Brutal-Xpdc tahun 1997. Masa ni aku dah tingkatan satu, Banyak lagu2 dari album ni dimainkan di majlis2 kenduri kahwin di serata Johor ketika tu. Antara lagu2 yg menjadi permintaan muda mudi pd setiap kali ada jemputan band pada malam hari di rumah pengantin. Antara lagu yg paling aku minat dlm album ni 'Aku masih disini dan Hentian ini'. Tangkap syahdu beb hahaha...macam biaser aku list kan tajuk lagu utk korang download album Brutal ni skali.

  1. Tak nak jadi soh chai
  2. Hentian ini 
  3. Hidup bersama
  4. tinggalkan semala
  5. Aku takkan bising
  6. Senapang patah
  7. Cempedak jadi nangka
  8. Aku masih disini
  9. Semangat yang hilang
  10. Apa nak dikata

Empat album ni aku rasa mmg tiada gantinya dari album2 Xpdc yang lain. Selepas dari album ini Xpdc muncul dgn album Samurai dengan gandingan vokal baru iaitu Ali dari kumpulan Terra Rossa yg penah hit dgn lagu Bunga Angkasa. Xpdc juga muncul dengan album2 lain antaranya Rasopariso sekembalinya Mael pada kumpulan Xpdc. Tapi 4 album ni mmg class dan akan aku abadikan lagu ni sampai bila-bila. Good luck XPDC!!

Hyprobulksms

08 Disember 2010

Info Takwim


::Assalamualaikum::


Tahukah anda disebalik bulan-bulan islam terdapat makna disebalik sebutan itu. Org arab menamakan bulan mengikut keadaan alam dan masyarakat pada masa tertentu. Bergantung pada persekitaran kehidupan juga. Berikut adalah nama-nama dalam bulan islam.


MUHARRAM
Yang diharamkan atau menjadi pantang larang kerana dibulan itu diharamkan menumpahkan darah atau berperang.

SAFAR
Safar ataupun kosong. Penamaan ini terjadi kerana orang lelaki pada zaman itu keluar untuk pergi berperang sehingga tiada lelaki dimukim itu.

RABIUL'AWAL
Rabi'(menetap) awal(pertama). kembalinya kaum lelaki dari merantau ke rumah masing-masing. Terjadi uga banyak peristiwa sejarah pada bulan ini.

RABIUL'AKHIR
Waktu penghabisan menetap lelaki dirumah.

JAMADIL'AWAL
Jumadi(kering) awal(pertama) . Bulan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

JAMADIL'AKHIR
Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

REJAB
Bererti mulia, orang arab zaman dahulu memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.

SYA'ABAN
Ertinya berkelompok. Orang arab ketika ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Bulan ini juga adalah bulan perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

RAMADAN
Ertinya sangat panas. Bulan yang satu-satunya disebut dalam Al Quran. Bulan yang mempunyai pelbagai keistimewaan, kesucian dan keutamaan.

SYAWAL
Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke alam fitrah (kesucian) selepas menunaikan ibadah puasa, membayar zakat fitrah dan bermaafan.

ZULKAEDAH
Ertinya Zul (pemilik)  dan kaedah (duduk). Bulan istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mreka menikmatinya dengan berehat dirumah.

ZULHIJJAH
Ertinya menunaikan haji, bulan ini sejak dari Nabi Adam A.S menunaikan haji.


Semakin ramai dari kita melupakan kalendar islam. walau dalam ingatan tetapi sejauh manakah kita menghayatinya. Sama-samalah kita renungkan.

Wassalam
Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)