15 Jun 2010

Woiii aku ada hobi baru

Assalamualaikum
   Hehehe lama jugak aku tak menulis dalam blog ni beb, rasa mcm ketandusan idea pon ader tapi takpela aku try jugak post ape2 aje yg bole di postkan kat sini. Ni aku nak kongsi kat korang aku ada hobi baru aku iaitu menangkap atau memburu gambar untuk diternak dan juga disenyawakan didalam album aku. Hehe utk pengetahuan korang camera aku cap ayam jer tak la macam SLR ke or something expensive okeh..Banyak gambar aku tangkap pakai hp jer janji aku puas nk tangkap mane2 yg aku nak. Tapi aku dah beli camera pertama dalam sejarah kehidupan ku kini, canon A3000is berharga yg tak payah disebutkan kat sini. So bole la aku memantopb kan lagi era pergambaran aku yg menemui era globalisasi duniawi dan era siber.
 Rasa macam nak beli jer kamera SLR tu tapi mahal plak, minat punya pasal aku tgh kumpul duit manyak2 untuk beli SLR, aku tak kire aku nak jugak hahaha. Target aku best-entry level pon dah memadai lah. Nnt lens tu aku tukor dgn yang panjang mcm jambatan baru bleh tangkap gambo plenet zuhal.
Ok lah aku tanak cakap banyak meh tgk gamba2 aku yang takde nilai seni langsung...nak kutuk kutuk maksimum taw jgn sket2 baru puas beb..

Tg. Mas Muar.

Dam Batang Ai, Lubok Antu.

   K.L airforcebase.

HUT tudm.

18,000ft

Aku dengan roomate aku


Komplek Baitulmal Kuching.

Ok lah tu jela gambo2 aku wat maser ni k..harap korang terhibur kikiki....Bye.

Hyprobulksms

07 Jun 2010

Kembali ber'blogging'

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama hilang didalam dunia blogging ni aku rasa dah sampai masanya aku muncul balik sebab kerinduan life blogging yg dulunya peneman aku bila boring..mintak maaf la kawan2 sbb tetiba je hilangkan diri hehe..aku harap korang tak kisah punyer. Sepanjang aku takde nie rasanya banyak benda aku kena luahkan kat blog yg tercinta ni tentang life dan pengalaman hidup aku sebagai seorang pengenbara la katakan.

Tak lupa juga buat teman2 blogger yg dulu antara kengkawan baik aku spt blog Hana Zaty, Orang Muo, Pangkin Rest, Black org felda, aktivis2 pejuang agama dan penentang freemason seperjuangan. Aku harap lepas nie kita dapat kembali bersama2 suarakan  perjuangan kita selama ni. tak kira la dari segi agama, pandangan ataupon luahan sendiri.


Belog aku yg terbaru ni ada sket modifikasi la sebab boring aku tgk so aku mekap ler blog ni sket. Jgn lupe komen blog aku k. Jmpe lagi nnt InsyAllah. Assalamualaikom..


29 Mac 2010

Rindu nak balik kampong daaaa....




Dah lama sangat aku tak menulis dlm blog nih, bz ngan keje jer naik boring gak. Dari hari ke hari semakin banyak plak beban yg aku nk tanggung. Tapi biase la nama pon keje mesti la ada peningkatan dlm tanggungjawab dan tugas2. Sebeno nyer aku rindu nk balik kg nie..lama sangat tak balik kg ni, mak bapak aku semua dh tanya bila nak balik. Tunggu la aku cuti nnt yerk.. nk bawak anak buah aku yg kiut miut tu jenjalan ronda2 kampong nk cubet pipi drg..nnt dah besa tak le nk cubit pipi die sbb pompuan hehehe...mesti dah besa drg ni lama tak blk, masa last aku blk kg dorg masih baby lagi 2 org lak tu uteh aku satu along aku satu..

Ok lah, ermmm sawah aku pe crita erk? rindu nk tengok sawah menghijau tatkala senja sambil casting seround dua mesti sempoi phewww.. sawah tu aku rasa banyak menimbulkan kenangan kat aku sekuarga sbb antara mate pencarian utama kami waktu tue..hehe kadang2 sampai mlm tggu nk siap mesin padi tu, tu pon klu ada klu tak da membanting la aku gamaknye hahaha..

Kadang2 klu aku bosan duk kg aku pegi ler tgk kebun sawit bapak aku dlu, fuhhh sedih plak tingat kata2 bapak aku dulu "kebun ni la yg banyak bg hasil nak membesarkan korang, nnt klu abah mati korang jage la kebun ni"  adoiiyaii..ape la abah aku nie..klu aku tingat kata2 dia tu leh sediy la plak.. yela die umo pon dah nak masuk 70..anak2 sumer dah keje dah kawen skg nie..tinggal die aku harapkan sehat je erhh...aku respek la bapak aku tuh keje rajin tak mcm anak die nie hehehehe...aku doakan semoga abah sehat je ehhh...jal kat jauh2 ni slalu doakan selalu sehat tak de ape masalah ehh...buat omak plak, jgn makan gula bnyak sangat nnt gi check spital kena tahan plak omak oii..jgn keje berat2 yerk jal kat sini doakan mak sehat je hendaknyer..apela sangat doa aku nie kan...setakat nk balas duit kat org tua nie sumer org buleh kan...duit2 gak, jgn luper sentiasa doakan kesejahteraan dorang k...Selalu yg jadi pedoman hidup aku nie igt dorang igt tuhan, klu igt drg mesti ingat selalu mak suh semayang...tapi sekarang aku dah jumpa diri aku...hehe tapi klu mak nk pesan gak lagi bagus tuh..hahaha kecik2 mane la nk tau penghayatan sgt kan, dah besa ni baru leh pikir nape la mak aku suh sgt2 aku jgn tinggal solat..tengkiu2..peace mak oii..

Hehehe mcm la kau ni jauh sangat beb, kat kuching je pon...lantak la janji aku dh lame sgt tak blk..nk setahun gak lorr..perghh bila agak2 erkk plg sempoi cuti? klu cuti sekolah musti ramai yg nk cuti, ape2jela janji aku cuti sudaaa...boleh lepak ngan kengkawan2 aku yg giler babeng punyer perangai...kawan2 skola ramai da kawen tapi bdk2 kg ramai yg still bjg...ohh yess..lepak tepi kg siap basking sampai mlm bute hehehe...paveret tuh..tapi agak2 arr beb..kang tak masal kena baling ngan kayu adoiiiii..buat bebudak PJD tggu aku balik, surprise punya aku bawak utk korang hahaha...

Arghhhh mengantok la pulak dah....tido dulu la kengkawann , chow dulu...
bye..
Assalamualaikum..

12 Mac 2010

Asal Hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam

HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.
# ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.


Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.


# PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.


Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.


# KONSEP KASIH SAYANG ISLAM Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkanIslam.

Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah.
# CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa; mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengantindakan yang menjerumus ke arah zina.


Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan berusaha menjadi Muslim yang sebenar; dan terakhir, sentiasa menjaga batasan aurat.


# CINTA SEBELUM PERKAHWINAN Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.


# PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-Nya yang dilanggar.


# CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah SWT. “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (az-Zariyat, 51: 56)
# CINTA SEBELUM KAHWIN Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.


# TEGAHAN SAMBUTAN Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu, khususnya yang beragama Islam

Dipetik dari: Harian Metro.

05 Mac 2010

Tips untuk khusyuk dalam sembahyang (mengingat rakaat)

ASSALAMUALAIKUM

Saya ingin berkongsi salah satu dari berbagai-bagai teknik untuk khusyuk dalam sembahyang. Teknik ini saya perolehi dari Ustazah sekolah agama semasa saya belajar untuk sembahyang. Saya tak ingat umur saya ketika itu tetapi teknik ini agak berkesan bagi sesetengah org yang mengalami masalah untuk mengingat rakaat ketika solat. 

Saya harap dengan gambaran ini anda dapat mencuba dan faham dengan kedudukan jari ketika Qiam.

Rakaat pertama: 
 Gambar satu


Rakaat kedua:
Gambar dua


Rakaat ketiga:
 Gambar tiga


Rakaat keempat/akhir:
Gambar empat


Lakukan mengikut berapa rakaat solat anda, contohnya jika solat maghrib hanya praktikkan seperti gambar satu dan dua, yang ketiga/terakhir hanya lakukan seperti gambar keempat


Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah cara ini salah, mungkin ada berfikir dengan cara ini kita mungkin terganggu dalam sembahyang tetapi sedikit sebanyak membantu kepada sesiapa yang mempunyai masalah mengingat rakaat ketika sembahyang. Jadi kelebihan disini mengalahkan kekurangan anda yang selalu lupa akan rakaat. Sunat dilakukan..




**Sila perbetulkan jikalau ada kesalahan saya didalam post ini, terima kasih.**


Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)