Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat update blog ini kerana masalah kerja. Blog post kali ini saya nak kongsikan beberapa kedai muzik yang menjual peralatan muzik di sekitar bandar Kuching. Bagi penggemar atau pemain muzik amnya pasti akan mencari kedai-kedai tersebut sebagai tempat untuk mencari bahan bacaan atau nota muzik justeru peralatan muzik juga antara peranan penting tarikan pengunjung ke kedai itu.
Pada hari Khamis lepas saya dan kawan-kawan telah merancang untuk meninjau beberapa kedai muzik yang popular di sekitar bandar kuching. Antara yang dikunjungi ialah
Ultimate Music Store dan juga
Lee Centre.
Kunjungan pertama aku ialah ke sebuah kedai yang baru dibuka iaitu
Ultimate music Store. Kebanyakan barang-barang yang dijual ialah peralatan muzik untuk Combo band temasuk gitar, gitar bass, drum sebagai basic komponen dan juga barang-barang tambahan seperti drum stick, string, gadjet dll. Hampir keseluruhan barang terdiri dari jenis Stagg iaitu sponsor bagi kedai tersebut.
Harga peralatan dikedai tersebut agak menarik mungkin kerana promosi ataupun harga perkenalan kepada costumer yang baru mengenali jenama Stagg. Kedai itu yang belum siap sepenuhnya kerana saya melihat alat penghawa dingin masih belum dipasang dan juga dekorasi yang dalam pembinaan. Saya agak tertarik kerana rekabentuk gitar dari jenis Stagg ini mempunyai rekabentuk yang mirip-mirip seperti bentuk gitar dari jenis terkenal seperti Gibson, Fender dan juga Ibanez.
Beberapa jenis gitar bass dan juga akustik.
Advance design.
Anda boleh mencari kedai ini seperti alamat tertera:
Ultimate Music (Kuching) Sdn Bhd
Lot89, Section 64,
269, Jalan Datuk Wee Kheng Chiang,
93450 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel: +6082-428 232
Fax: +6082-429 232
Selepas menghabiskan masa dalam sejam dikedai tersebut saya telah dibawa oleh kawan saya ke sebuah kedai peralatan muzik terbesar di Kuching iaitu
Lee's Centre yang terletak di
Wisma Hock Lee.Disini lebih banyak peralatan dari jenama terkemuka seperti
Fender, Ibanez, Gibson, Jackson, Yamaha, Pearl, IITama, Paiste, Crammer dan berbagai-bagai lagi termasuk dari jenis yang kurang popular. Saya tertarik dengan kedai ini kerana banyak peralatan dari jenis yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Pada masa ini Lee Centre menawarkan potongan harga yang menarik sebagai penutup tahun 2009 sehingga 31 disember. Bilangan gitar yang berada didalam kedai itu sangat la banyak dan berbagai jenis sehinggakan tidak tahu hendak memilih yang mana satu.
Antara Fender Squire dari berbagai spec. dalam gambar (Mr. Ali rock)
Akustik gitar antara pilihan utama pengunjung.
Fender dan Gibson.
Gibson Les Paul standard 2008 berharga RM15,500!! antara gitar termahal yang berada di Lee's Centre. Apa pandangan anda mengenai gitar ini? Bagi seorang pemain gitar perkara ini biasa bagi Les Paul. Mungkin kerana didatangkan khas dari USA ataupun custom made menyebabkan harganya bersamaan sebuah kereta Proton Wira second hand. Kualiti bunyi juga antara faktor utama yang menyebabkan harga yang tinggi selain permintaan pasaran yang tinggi.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai alatan muzik lain seperti drum, keyboard, speaker dan juga berbagai-bagai lagi.
Anda juga boleh menghubungi Lee's Centre di alamat tertera:
Hock Lee Centre,Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak (upper Floor)
Itulah sahaja sedikit review mengenai pusat muzik di bandar Kuching untuk dikongsikan kepada anda. Harap maklumat ini berguna kepada anda.
**Sekian**