30 Ogos 2010

Menara jam The Raffles dan Kaabah


Mekah merupakan tempat impian kita selaku orang islam untuk mengerjakan fardu haji setiap kali tiba musim haji. Namun kini terdapat satu lagi daya tarikan yang bakal menggugat kemasyuran Kaabah iaitu menara jam dan hotel The Raffles. Kewujudan menara ini sedikit sebanyak mampu memberi impak yang mendalam terhadap ketulusan umat islam untuk beribadah bila tiba disana.


Dengan ketinggian mencapai 601meter menjadikan menara ini menjadi bangunan kedua tertinggi didunia mengatasi Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 509 meter manakala bangunan tertinggi didunia didahului oleh menara Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter. Dihiasi dengan bulan sabit emas berkilau-kilauan, 21,000 lampu putih dan hijau yang akan memancar dalam radius 30km setiap kali masuknya waktu solat  dan juga mempunyai empat muka dengan setiap satu mempunyai garis pusat 46 meter, dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi, sebahagiannya bersalut emas dan terletak lebih 400 meter di atas perkarangan Masjidil Haram. Pada setiap musim perayaan Islam pula, 16 jalur cahaya lampu akan dihalakan ke atas, menerangi kawasan setinggi 10 kilometer ruang angkasa. Bangunan The Raffles ini menjadi pencabar utama kepada Big Ben di London dimana perbezaan diameter 23ft dan menara hanya 31ft.


Menara jam The raffles ini bakal menggantikan pusat garisan masa iaitu GMT(Greenwich Mean Time) kepada MMT(Mecca Mean Time). Namun menara jam itu masih dalam tempoh percubaan. Pada satu persidangan di Doha pada 2008, ulama dan intelek Islam bersepakat bahawa waktu Makkah adalah meridian global yang tepat. Mereka berkata, Makkah terletak di tengah dunia dan Waktu Min Greenwich yang digunakan sekarang hanya dikuatkuasakan oleh Barat sejak 1884.
Apa yang membimbangkan kita kini ialah sejauh mana kelebihan pada menara itu sedangkan Mekah adalah tempat yang paling suci bagi kita selaku umat islam. Adakah dengan adanya ini memberikan kesan positif terhadap masyarakat dunia khususnya umat islam. Dengan ketinggian hampir 3 kali ganda dari menara-menara sekitar kaabah ia tidak sepatutnya didirikan berhampiran Masjidilharam. Kenapa Arab Saudi membenarkan perkara ini berlaku sedangkan antara tanda-tanda kiamat ialah berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit? Tentunya ketulusan hati dan kekusyukan para jemaah yang ingin menunaikan kewajipan terganggu kerana keindahan dan kemasyuran menara itu. Ditakuti akan ada aktiviti maksiat seperti yang biasa hotel-hotel besar adakan contohnya pub dan disco. Lebih ditakuti lagi jika disusuli aktiviti pelacuran dan maksiat yang lain.


Dari segi logiknya sudah tentu ada korupsi dikalangan pemimpin yang mementingkan diri sendiri untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan persekitaran. Anda sendiri maklum bagaimana masyarakat arab masakini. Terakhir bayangkan jika bangunan menara itu tumbang menghala ke kawasan kaabah samada tidak sengaja atau disengajakan.Renung-renungkanlah.

Hyprobulksms

26 Ogos 2010

Kisah hidup aku satu masa dulu,

Hidup ni bukan selalunya senang, ada saja cabaran-cabaran yg datang, kadang2 kita betul, kadang2 kita buat silap. Yelah kita hanya insan biasa kan? Takde ape pon yg joe nk tulis kt post ni cuma nak kongsi sket kisah asal-usul kehidupan aku.

Aku ni anak petani, dari kecik sampai besa dah lali dengan kehidupan sebagai org kampung. Sawit, getah, sawah tu semua adalah mata pencarian family aku. Walaupon aku hanya anak seorang petani tapi bagi aku itu adalah rahmat bagi aku. Kenal erti susah payah dalam kehidupan, kenal erti kesederhanaan dalam hidup. Setiap kali aku tengok pokok2, dedaunan mesti hati aku jadi tenang. Sampai kadang2 jadi ketagih nk menikmati semua tu setiap masa. 
 
 
Ihsan pak Google
Dulu masa aku kecik aku selalu ikut mak aku tolong kutip getah sekerap atau bahasa lain getah beku atau lantun. Hehe ada tak yang tak penah dgr istilah nie? Bila dtg je time wekend aku selalu bangun pepagi ikut mak aku ke kebun getah. Biasanya kebun org je, kebun getah sendiri tak sampai dua ekar. Sebab tu mak ngan bapak aku selalu ambik upah toreh getah org. Haa ape? busuk? tau la korang mesti pikir busuk kan. Tp tula antara mata pencarian utama keluarga aku. Aku seronok tolong mak aku walau kadang2 aku malas nk tolong hahaha. Biasanya kalau time wekend aku tak tolong mak aku kutip getah mesti aku menyesal. Apasal ntah aku pon tak tau. Dapatla sket kadang2 amak aku bagi duit sket tuk beli jajan. Aku tak nak pon tapi amek jela buat simpan2. Amek ati la katekan haha. Mak aku toreh getah lama dah dr dia remaja lagi. Tp skrang dia dah sakit2 dh takle keje berat2. Kesian dia aku tgk kencing manis la jantung la dan sekarang ni buah pinggang problem plak. Alahai mak sabar erh mak kami sentiasa akan jaga mak okeh.


Ihsan pak Google
Kalau pasal sawit plak banyak kaitannya dgn bapak aku yg tabah tu. Dulu masa aku mula2 menceburkan diri dlm kebun sawit bapak aku tu umo aku baru darjah 4. Ape la sangat yg aku bole buat erk, tapi masa tu aku dah start tolak kete sorong jenama diamond tak silap aku tu. Bole la setakat 4 biji sekali tolak. Berat dowh badan pon kecik je. Masa tu gak jalan tgh kebun belum buat, berselut2 plak tu mak aihh..selalu aku mengeluh pasal selalu kete sorong aku terbalik bila isi penuh2. Dahla jauh..Geram2 aku sepak je kete sorong tu pasal ape ntah hahaha. Biasanya yg kejekan bapak aku, aku ngan uteh aku, kadang2 ude ada tolong gak. Sama2 tolak gerabak bapak aku nk letak kat tempat yg lori bole masuk punya pasal. Tarik pakai moto je beb. Habis baju kami kena tanah masa tu..Hahaha lawak plak nk citer, Biasanya bapak aku mesti belanja aku mkn roti canai sedap kat kg parit kassim dekat2 area kg aku sebelum gi nyawit. Balik pon kdg2 ngeteh gak kalau balik awal. Ye bapak aku kaki ngeteh haha. Aku pon samer je..Bila dah jual je sawit tu mesti bapak aku kasi upah yeahh.. dgn duit tula aku bole beli kasut, baju, majalah gila-gila, ujang, rokok syhhh..senyap2 je smuggle hua3..lama gak aku tlg kejekan sawit tu sampai tingkatan 5.Sekarang pokok sawit tu dah tua, bapak aku pon dah tua. Aku, uteh, uda masing2 dah ada kerjaya sendiri. Bapak aku dh tak larat nk kejekan sorang so dia upahkan je indon tuk settle semua tu. Kesian bapak aku susah2 besarkan kami ni. Thank kiu bah..Abah mmg the best. Skrg ni kalo boleh aku tak bagi dah bapak aku keje berat2 lagi, umo pon dah masuk 70 thn bah. Relak2 duk umah sudah nnt kita ngeteh sama2 erh.

Kadang2 time cuti aku lepak2 kat kebun sawit bapak aku tuk releasekan tensen aku. Dah macam ubat dah bila aku lepak sana rasa aman tenteram je jiwa aku nie.

Dengan experience ni banyak yang aku dapat faedahnya buat pedoman hidup aku. Bukan mudah mak bapak aku nk dapatkan duit utk besarkan kami. Aku hargai semua tu, dan aku tak nak susahkan mereka lagi. Aku janji. Biarlah susah camne pun kita kena dahulukan org tua kita. Sesungguhnya aku bangga menjadi anak tani.
Hyprobulksms

15 Ogos 2010

Boleh ke harga sampai macam ni??

Assamalualikum..
Hari ni Mat tak nak cakap banyak2..
cuma nak kongsi sket pasal harga barangan kat Sarawak ni yang agak dan memang mahal pun.
Satu hari tu Mat pegi beli air 100plus, then bawak balik trus minum untuk berbuka.
Tengah dok lepak2 tertengok plak tanda harga kat botol tu.
Kat sini memang perkara biasa tapi takkan la sampai beza 70sen aje giler!!
Korang tgk la sendiri gamba ni.




Sorry bagi rakyat sarawak, tujuan post ni bukan nak memburukkan cuma kesian org2 yg duk sini, harga barang memang banyak yg mahal. Hakikatnya memang perlu mahal sikit dari semenanjung tapi ada pulak yg ambik advantage gila-gila sebab Mat tgk harga kat sini memang tak seragam. Harap pihak berwajib dapat pantau masalah macam ni. Ni baru air lom lagi makanan dan barangan lain.


Fikir-fikirkan sejenak.
Hyprobulksms

11 Ogos 2010

Dugaan pertama permulaan ramadhanku.

Hari ini merupakan hari pertama kita menunaikan kewajipan kita sebagai umat islam, hari pertama kita menyesuaikan kembali kepada suasana berpuasa. Letih la jugak sebab pagi tadi aku sahur dengan flakes jer tapi alhamdulillah berjaya jugak puasa sehingga berbuka tadi.


Tapi aku terpaksa luahkan kat blog ni bagaimana permulaan ramadhanku yang agak mendukacitakan. Petang tadi semasa tengah bekerja incharge aku memberitahu nama aku tersingkir sebagai calon untuk mendapat kenaikan tangga gaji iaitu P2. Aku lihat semua dikalangan kami layak dan tersenarai untuk dinaikkan gaji selepas sahaja segala borang-borang lulus untuk dimajukan ke pihak atasan. Rasa tersentap juga bila melihat senarai semua yang layak dan hanya aku seorang sahaja yg gagal dicalonkan. Termenung terkenangkan gaji aku yang sememangnyer paling sikit dikalangan kawan-kawanku.


Soalan pertama yang i/c aku tanyakan "jal ko ada buat hal ape dengan KBK?" kbk(ketua bhg kejuruteraan),
aku menjawab "oohh mesti pasal hal hari tu yang saya bertekak pasal airworthiness dan safety penerbangan" terus didalam kepala hotak aku teringat kata-kata dendam dia terhadap aku masa aku bertekak. Namun ape yang aku suarakan hanyalah perkara yang betul dan juga benar segala-galanya. Aku cuba untuk menegakkan kebenaran sahaja tapi kbk itu menganggap pendapatku itu tidak berguna langsung memandangkan aku hanya seorang teknisyen cabuk yang tidak tahu apa-apa mengenai aircraft. Penerangan yang diberikan oleh kbk itu sememangnya membahayakan penumpang pesawat kerana membenarkan penerbangan dilakukan walaupun 'fuel indication not reliable with actual quantity'. Sebagai teknisyen ketukangan enjin aku tahu itu adalah perkara paling merbahaya jika terjadi sesuatu contohya cuaca buruk dan pesawat memerlukan masa yang lebih lama diudara untuk mendapat kebenaran mendarat dan juga keadaan cuaca yang mengizinkan. Setiap patah perkataan yang aku suarakan hanaya ditertawakan oleh kbk yang menganggap dirinya sebagai seorang engineer, tapi pada hakikatnya dia sememangnya 'lopong' dan hanya berpegang pada imaginasi beliau yang sentiasa membahayakan. Puas aku menerangkan tapi tidak diendahkan malah menganggap aku mahu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang engineer. Nada suara aku semakin tinggi ketika berbalah mengenai masalah ini  sehinggakan dia memasang niat untuk membalas dendamnya padaku. Aku naikkan nada suara kerana dia seakan-akan bukan berfikir menggunakan otak tapi menggunakan amarahnya terhadap aku. Pantang perkara yang betul disalahkan, itu adalah pantang aku!!


Disebabkan aku sedang puasa perkara ini terpaksa aku biarkan dan tidak mahu berfikir banyak. Siapalah aku ini hanya seorang pekerja berkasta bawahan. Disebabkan tindakan dia yang tidak mahu meluluskan incharge aku untuk menaikkan gaji, terpaksalah aku terima gaji yang sedia ada di takat yang paling rendah dikalangan batch aku dan aku pun telah demoralized. Terima kasih pada incharge ku yang sentiasa prihatin terhadap masalah dan juga kebajikan anak buah. Tapi kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana kita dibawahnya.


Mungkin hari-hari yang mendatang aku tidak lagi akan rajin bekerja seperti dulu tak mengira waktu dan tempat aku sanggup lakukan walaupun ditempat yang menyeksakan seperti yang terjadi di lapangan terbang tawau, kami tiada masa untuk makan selama sehari semata-mata untuk menyiapkan pesawat dengan secepat mungkin. Cukuplah setakat ini penat lelahku, mungkin satu masa nanti aku akan berhenti dari tempat kerja yang penuh dengan hasad dengki ini. Semoga Allah bukakan pintu rezkiku seluas-luasnya nanti InsyAllah.
Hyprobulksms

09 Ogos 2010

Maria Ozawa peluk agama islam ??????

Berita tergempar, salah seorang pelakon lucah terpopuler/tersohor/termasyur di Jepun iaitu Maria Ozawa a.k.a Miyabi dikatakan telah memeluk agama islam..Apekejadahnya nie? ni adalah salah satu hasil dari propaganda yang mungkin untuk tujuan memburukkan sesebuah organisasi..


_____________________kita saksikan foto ini________________


Opsss silap plak ehehehehe.....
ok try yang ni pulak..







Omak aihh cantiknyer..





Ok ape pendapat korang lepas tengok gambar ni??


Yang sebenarnye gambar2 ni telah diolah menggunakan aplikasi Photoshop oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, setelah saya mengkaji melalui perbincangan topik2 termasuk Malaysia dan juga indonesia, mereka telah mengatakan yg foto-foto ini sememangnyer palsu. Ada juga topik dari negara seberang yang mengatakan kononnya yang foto ini direka oleh org Islam untuk menarik lebih ramai manusia untuk memeluk islam. Tidakkah anda terfikir yg perempuan ini adalah pelacur peringkat antarabangsa, manekan pulak kita sendiri nak mengada-adakan propaganda seperti ini??  Sungguh tidak logik bukan?? Jangan mudah percaya dengan tipu daya muslihat pihak yang tidak bertanggungjawab..Fikir sesuatu itu dengan secara logikal dan bukan anggapan...Tetapi jika benar dia memeluk islam itu adalah kuasa Allah, pemilik segala maha di alam semesta ini. Dan kit aharus bersyukur kerana mendapat saudara baru..Selamat beramal.


Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)