12 Mei 2011

0

Assalamualikum, dingin hari ni, seharian kerja sepanjang minggu lepas hingga kini sangat panas. Bekerja kat tengah panas memang dah jadi mainan aku untuk cari makan. Diam tak diam dah masuk minggu kedua aku kat subang. Padat dengan jadual harian yang agak membosankan. Life ni nak ke tak nak kita kena teruskan, nak nak pulak nak cari makan jadi kenala kita kerja seikhlas yang mungkin untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi diberkati. kalau ikut hati rasa macam teringin jugak nak tukar kerja. Aku suka pelbagaikan kerja aku tambah pulak yang lagi mencabar. Tapi kontrak tak habis lagi la pulak. Takpe, sampai masa boleh la aku try keje lain pulak. Aku teringin kerja kat oversea sebenarnya. Tempat paling ingin aku kerja kat Abu Dhabi. Yes arab tu, jauh dari Malaysia jauh dari family. Rasa nak sangat aku kotakan impian tu tapi belum sampai waktu agaknya. Aku pun pelik kadang-kadang ada je idea giler aku ni muncul. Tah hape-hape aku pun tak paham, ada sekali tu aku rsa nak buat bungee jump. Mana nak dapat? so aku lupekan la. Tapi ada satu lagi benda aku teringin sangat-sangat nak buat, nak beli satu hang gliding. Dari kecik dah aku idam benda tu siut. Terbang bebas berapa lama aku nak sampai kaku kesejukan awan. Macam mana rasanya ntah. hope so nanti aku dapat beli benda tu. Amenda aku merapu ni.. dah la tido lagi bagos..adios.

10 Mei 2011

Izinkan selamanya namamu dihati

Khas aku tujukan lagu ni buat seseorang, semoga bahagia ke akhir hayat..Aku akan sentiasa doakan kau okey.


PT 5808

Syukur alhamdulillah akhirnya rumah aku dah siap sepenuhnya dan sedia untuk disewa. Melihat rumah sendiri terharu rasanya macam tak percaya walaupun hanya sekadar hutang. Berbagai-bagai dugaan sebelum nak dapat rumah ni termasuk runner yang dah running larikan duit grill aku dan kawan-kawan. Biarlah dia nak buat ape pun Allah maha adil. Yang penting kunci rumah dah selamat diserahkan tadi. habis lagi duit aku seribu. Siap dibasuh samai leka hampir masuk waktu maghrib. Lepas ni rasanya elok aku sewakan rumah tu sebab aku yang bertugas jauh nun di Sarawak. Ada jugak income aku sikit-sikit nanti sementara tunggu harga dia naik. Rasa macam nak jual satu hari nanti, ntah kenapa tiba-tiba rasa malas nak duduk sana. Pada yang nak beli rumah tu jangan banyak fikir sangat, rumah sekarang dah mahal, makin lama makin mahal, jangan sampai satu hari nanti terus tak mampu nak beli. Kalau berhajat la nak rumah sendiri. Sebab aku dengar-dengar harga rumah akan naik mendadak lepas 2012 ni wallahualam. Sapa-sapa nak sewa rumah area port dickson boleh kontek aku. Calo macha...

09 Mei 2011

Si Cooper

       Ada satu basikal, cooper nama dia. Dulu sebelum dia dibeli sape-sape dia duduk dengan kawan-kawan dia, ada yang besar ada yang kecil semuanya baru-baru belaka. Sampai satu masa tu ada seorang manusia beli si cooper ni. Kemana sahaja dia pergi cooper akan ikut sekali, cooper sangat bertuah tuan dia sangat caring pada dia. Setiap hari tuannya akan membasuh cooper sebersih2nya, Pantang ada yang tak kena tuannya pasti akan baiki dia secepat2nya. Ohh bertuahya si cooper. Bila malam cooper disimpan didalam rumah dan diselimuti dengan kain. Seawal pagi tuannya membawa cooper untuk mencari rezeki. Bersemangat si tuan kerana cepat sampai ke tempat kerjanya. Cooper menunggu tuannya dengan penuh semangat, tersenyum melihat cooper adalah perkara biasa. Sampai satu masa cooper terpaksa melalui jalan yang rosak, malangnya cooper kemalangan . Cooper rosak teruk, ada bahagian yang tidak boleh dibaiki. Namun tuannya tetap bersama cooper walau tidak secantik dan selesa seperti dulu. Tuannya sangat sayang pada cooper, tetap seperti dulu. Cooper sekali lagi rasa bertuah kerana ada tuan seperti itu. Tetapi tuan cooper merasakan yang cooper harus digantikan kerana sukar untuk ditunggang lagi. Dan tuannya memutuskan untuk membeli basikal yang baru bagi menggantikan cooper. Cooper diletakkan di belakang rumah, terbiar dihujani dan panas dek sinar mentari. Lama kelamaan cooper semakin berkarat. Tuannya meletakkan cooper di belakang reban. Seluruh rangka cooper semakin berkarat dan akhirnya reput. Sampai satu masa cooper rebah menyembah bumi kerana karat. Cooper lenyap dari mukabumi..

07 Mei 2011

Kuning dan biru dambakan satu

Sejuk bayu melintas pergi
Mempalit secangkir ingatan tulus
Hendak digenggam hendak didakap
Dan memori gugur bak dedaunan kering
kembali bertaut kenangan lalu

Sayu hening sunyi dan dingin
Tiada bunyi tiada serangga
Kembali bersatu dihati dinyawa
Abadi perimu membekal jiwa
Buat pembawa sang diri ini

Disini ku tunggu disana kau tunggu
Kesana kulihat dan kesini jua kau lihat
Tiada jawapan sehidup senyawa
Itulah dia benteng dimensi
Hanya masa yang akan tiba

Ku nantimu dititian itu
Tetapi belum sampai waktu
Kerana tonggak sekadar satu
Terindu yang darimu
Kini berkatmu tiada satu

Tulismu dihati segar dan mekar
Buat ingatan tulus dan suci
Hanya makam dapat ditatap
Buat pengganti si diri itu
Kukuh tersimpan didalam kalbu.


~Selamat hari ibu~
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)