01 Januari 2019

Selamat datang new challenge of 2019

Alhamdulillah sampai jua 2019 kepada kita masih dipanjangkan usia walau sekian lama dalam perjalanan hidup kita.

Tahun-tahun yang sudah memang banyak mengajar kita erti kesinambungan hidup yang mengajar kita disetiap waktu. Gembira dan duka, susah dan senang yang kian muncul disegenap ruang waktu hidup kita. Biar apapun yang berlaku menjadi titik kenangan buat kita hadamkan dan sebagai edoman hidup kita. Andai indah juga tidak semestiya itulah perjalanan hidup kita yang semakin mendekat, bukan semakin menjauh dari kematian. Moga kita sentiasa diberi petunjuk Allah semoga jalan yang kita lalui itu adalah jalan yang lurus dan benar, jika tidak itu juga satu ketentuan Ilahi. Kita tertakluk pada qada dan qadar. Biar bagaimanapun yang berlaku masih dalam ketentuan Allah taala. Pejamkan mata dan lepaskan segala beban atau cabaran yang bakal mendatang. Ia bukan suatu yang mudah untuk dilakukan bagi insan-insan yang faham apa yang saya cuba sampaikan ini.

Carilah dan kenalilah sang pencipta kita. Cublah mendekati akan kefahaman tentangNya yang nyatanya kita memang sentiasa dekat dengan tuhan pencipta segala alam semesta dan juga segala makhluk ciptaanNya. Rugilah kita jika ibadah itu satu bukan dalam satu bentuk yang hanya ikhlas untuk Allah semata-mata. Kajilah amalan anda, apakah tujuan ataupun nilai yang anda mahukan. Amalan tidak menjanjikan kesihatan, kemewahan mahupun kemasyuran hidup, bahkan ia hanyalah tuntutan dari Boss kepada hambanya, kita hamba nista. Jika hamba masakan kita mahu menuntut sesuatu dari Allah ataupun senang saya katakan disini upah atau ganjaran yang telah kita tunaikan. Ya betul memang ada pahala dan dosa, tapi hati kita dikedudukan manakah yang sebenar-benarnya. Kita wajib berdoa padaNya, kita harus menangis padaNya memang itu tugas kita sebagai hamba. Hamba tuan-tuan, bukan pekerja yang mahukan upah dan ganjaran dari majikan. Allah bukanlah majikan kita, tetapi adalah yang maha agung semesta alam, tiada satu pun perkara bukan dariNya, kita hanya lakonan yang telalh tertulis di luh mahfuz, yang terpilih turun ke dunia membawa sejuta rahsia Allah swt.

Kadang-kadang kita tersasar memarahi nasib kita, mengapa aku begitu dan begini, mengapa tidak orang lain, mengapa aku yang begini harus begitu sedangkan orang lain tidak. Sahabat,.. dunia memang tidak dijadikan untuk sentiasa logik, ataupun sempurna, kerana segala kesempurnaan itu milik Allah lah jua. Sebab itu kita banyak kekurangan, dunia ini banyak kekurangan, apatah lagi ciptaan manusia. Jangan merasa diri itu dapat mengubah nasib sendiri, kerana apa kerana segala usaha kita? doa kita? atau kita Allah redho? Semua itu rahsia Dia. Jangan cuba mengadakan perkara yang tidak kita ketahui. Jalanilah kehidupan seperti biasa, lakukan dan tunaikanlah kewajiban selaku seorang hamba atau pejalan di muka bumi ini. insyAllah kita kan diberi nur dan hidayah dalam bermusafir di dunia ini.

Waktu kita semakin suntuk dimakan waktu, kita sekarang berada pada alam kedua dalam perjalanan kita iaitu alam dunia atau alam insan yang sebelum ini alam ruh yang kita tidak tahu berapakah atau lama manakah di alam itu. Alam seterusnya ialah alam kubur sebelum menempuhi alam akhirat. Selepas alam akhirat barulah alam yang kekal abadi iaitu alam baqo'. Jelaslah disini waktu alam dunia ini begitu singkat untuk kita nilaikan berbanding alam yang sebelum dan seterusnya nanti. janganlah fikir dunia ini adalah segala-galanya, adakan ruang untuk alam yang seterusnya nanti. Al-Quran itu benar, sebesar-besar mukjizat buat manusia yang diturunkan di dunia ini sebagai panduan kita.

Akhir dari saya kita akan meninggalkan dunia satu hari nanti, mungkin anda, ibu, ayah, isteri atau anak-anak yang akan meninggalkan kita dahulu. Dan sangat tidak mustahil kita dahulu yang pergi dijemput Ilahi. Semoga sahabat-sahabat diberi hidayah dan kemudahan dalam menempuhi perjalanan alam kita nanti. Akhir kita bertemu nanti insyallah.

Assalamualaikum.
jumpa nanti
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)