Walaupun hidup seribu tahun apa gunanya kalau tak sembahyang....
Rasanya semua orang tahu akan lagu ni, bagi aku lagu ni mungkin antara lagu pertama yang menjadi pencetus semangat iman didalam dada aku..
Zaman dah berubah, orang semakin lupakan sejarah bahkan sejarah itu sendiri terpadam akan kealpaan manusia. Tanpa sejarah siapalah manusia. Itulah bukti kewujudan kita dimuka bumi ini in syaa Allah. Pepohon takkan rendang dan berbuah jika tidak disemai dari permulaan benih itu sendiri. Benih mungkin bentuknya sama cuma cara kita menyemainya bagaimana. Elokkah tanahnya, tinggikah tempatnya, banyakkah kandungan airnya sebegitu juga manusia yang lahir ke dunia tanpa seurat benang. Bersih dan suci tanpa dosa. Sedia untuk dicanting umpama kain putih yang bersih dan suci. Bagaimana untuk mencanting terpulang pada pencanting itu sendiri samada mahu memilih warna hijau, putih, hitam atau membiarkan apa sahaja warna yang ada untuk dicanting sebagai latar corak yang diinginkan. Itulah sejarah, permulaan kecil kita yang tidak mengerti walau satu pun perkara didunia.
Kain dan pepohon saling berkait. Kain dengan putihnya dan pepohon dengan benihnya. Jika benih sudah ditanam bagaimana pula mahu membentuk akarnya. Akar yang sihat bakal menjadikan sang pokok kuat, teguh dan subur untuk hidup. Disinilah harus disemai dari peringkat awal lagi. Jika lambat disemai dengan baik mungkin sudah terlambat dan penyemai mungkin akan mengalami kerugian serius. Tanpa berdalih lagi benih itu adalah kita, kain itu pula bersamaan dengan akarnya jua. Dunia akhir zaman ramai penyemai membiarkan tanaman-tanaman mereka begitu sahaja tetapi pada masa yang sama mengharapkan hasil yang lumayan. Bagaimanakah perkara ini boleh terhasil....Sungguh meragukan jika hanya tanam dan biarkan ia hidup sendiri ditemani lalang-lalang dan rumput-rumput yang sudah berjanji menemani setiap masa sehingga layu dan mati kerana zat yang tersedia dihisap oleh sang lalang, rumpai dan rumput-rumput yang sedia dimanana-mana sahaja. Itu janji si rumput lalang dan juga rumpai. Banyak penyaksian sekarang rumput-rumput lebih tinggi dan subur dari tanaman. Sadis, belum sempat mekar bunga apatah lagi buahnya sudah terlindung dari sinaran cahaya yang memberikan daya ia untuk terus hidup. Hidup tapi dalam keadaan yang rencat. Sang cahaya memerhati dari atas dimanakah harus disinari, tetapi tiada kelihatan. Sejuk berteduh dibawah panji-panji sang lalang dengan tertutupnya peluang cahaya untuk menembusi. Salah pkok itu sendiri. Tidak, mungkin salah penyemai jika dari awal sudah meracun rumput-rumput dan sang lalang mungkin pohon itu kuat menerima cabaran mereka.
Sesekali si pokok tunduk kala tiada langsung sinar cahaya, karena ia tahu cahaya tetap akan menembusi walaupun sedikit tanpa perlu mendongak keatas. Jangan sampai cahaya tidak lagi mahu datang bertanggah. Tahu pokok itu kelesuan. Sang pokok cuba untuk keatas tetapi tiada cukup tenaganya akibat kekurangan zat. Oh mengapa ini terjadi kata sang pokok, sesekali terkulai layu jua menangis meraung akan nasibnya ini. Sang pokok bertekad ia mahu menjadi pepohonan yang merimbun dan berbuah lebat. Ditanya oleh sang lalang tinggi "Apakah yang kau buat itu wahai pokok?' seraya sang pokok berkata ' Aku mahu kuatkan akarku wahai lalang durjana', lalu salang lalang ketawa terbahak-bahak sekaligus menutupi sang pokok lebih banyak dan gelap lagi. Sudah lama sang cahaya tidak kelihatan, sang pokok kebingungan dimanakah ia, terus bersedih akan kehilangan sang cahaya begitu sahaja. Dalam diam pokok mengumpulkan saki baki zat yang ada pada akarnya sebelum melonjak keatas andai adanya cahaya suatu hari nanti. Hari terus berlalu...sang pokok sudah bersedia, akarnya semakin hari semakin kuat tetapi sang cahaya tiada kelihatan. Si lalang ketawa lagi..sang pokok pasrah. Dengan tidak semena-mena sang cahaya datang dan memancarkan cahayanya lebih kuat kepada sang pokok menembusi dedaunan lalang yang kasar dan tajam itu. Sang pokok bangkit dan terus meninggi dan kini berbuah dengan banyaknya.
Dari satu sudut yang lain, penyemai pokok itu kehilangan arah dan punca. Dalam kegelisahan hidup yang dialami dia teringat akan tanaman yang dulu ditinggalkannya. Mencari-cari dimanakah tanamannya dulu, kebingungan dan kelaparan yang amat sangat memaksa dirinya untuk rebah, lalu dia bersandar dan berteduh di satu pohon yang rimbun daunnya. Lalu dia tertidur dan bermimpi dikejauhan sana terlihat satu pohon yang merimbun dan banyak buahnya. Penyemai memerhati tepat kearah pohon itu, dilihatnya semakin lama semakin dekat pokok itu kepadanya. Dia merasa panik dan cuba lari dari mimpi itu tetapi tersedar kerana sebiji buah dari beribu-ribu bilangannya jatuh ditapak tangannya. Dia terjaga lalu memakan buah itu dengan hati yang amat gembira. Dengan hasil itulah si penyemai dapat meneruskan hidupnya yang tidak pasti dimanakah penghujungnya..
Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....
sekadar cerita dongengan, punya maksud tersendiri..Terima kasih Allah memberiku ibu dan bapa yang memberikan akar yang kuat untuk ku meneruskan hidup ini..Alhamdulillah...
Al-Fatihah buat ibu..