12 Februari 2015

Ekspedisi ke Bukit Fraser solo ride Honda wave125

Assalamualaikum,

Semoga kita didalam rahmat dan lindungan Allah taala.

Kali ni aku nak cerita kisah perjalanan semalam, solo ride yang takde hala tuju. Petang semalam aku bercadang nak tukar tayar moto aku yang dah rosak tahap kalau langgar line pon bergelek inul. Entah tayar ape aku sebat sepasang depan dgn belakang, tengok2 made in taiwan. Rase nyesal jugak beli tubeless jenama tahapa2 ni. Kopak rm145 siap sekali nut tubeless. Safety punya pasal aku sanggup. Asalkan konfiden nk pegi mana2. Kodokut punye apek mintak kurang tak bagi. Tapi tayar tu ade warranty below 70% wear. Ok la kan.



Lepas tu dalam pukul 3 petang siap pasang mula la aku gatal nak test tayar yang aku tak brape berkenan tu. Pening kejap tak tau nak gi mane, kehulu hilir test tayar. Sedap dah takde goyang inul bwk moto. Tuptap2 dalam kepala nak gi Raub, aku pon tak tau apahal nal gi raub tak memasal. Tp tu la aku, suke bedal takde destinasi nak tuju. Masuk highway karak memula pergh syok moto tua aku masih sedap pikap ngan layan corner, speed pon max sampai 150kmj. Ok la kan. Sepat singgah genting sempah isi minyak rm2. Kalau naik lagenda bini aku kompom2 dh separuh tangki die bedal, tapi Honda wave125 aku ni save minyak lagi power la pulak. Ciput je baru die makan cait, tu yang isi rm2 jer. Aku pon full throttle dengan gaya tersendiri, wahh manyak syiok ride sejuk, enjin pon respon bagus. Sedarr2 dh sampai plaza tol bentong.



Lepas keluar tol dah pening lagi tak tau nk pegi mana, dengan selipar getah yg orang tua2 pakai tu. Naseb baik bawak sweater adidas cap uptown tu. Aku pon amek keputusan nak ke raub, blur2 gitu la. Lepas masuk pekan Bentong aku pon main pulas jer ala2 koboi masuk bandar, lone renjer la katekan. Ehh ehh tetiba.....



Pulak dahh...macam best jer, minyak 3 suku jugak la time tu. Antara acuh dan tak acuh aku beranikan diri kona ke arah signboard Bukit Fraser. Sepanjang laluan bentong tu aku hairan nape tak ramai orang, pastu tak jumpe papantanda fraser dah..haikkk...camne ni. Aku bedal jer walau cuak kat fuel aku ni. Last2 jumpe simpang 3, kanan raub kiri fraser 21km. Urlpp..nak teruskan ke tak ni dgn fuel tak banyak ni. Aku gagah jua selaku solo renjer di bumi Allah ni. Tapi...ermm..macam nyesal pon ade, dah la mase baru nak naik tu dah pukul 4 petang, jalan memang eerie giler, corner patah2 maut, pastu takde orang lalu pun. Ade la seketui dua jumpe 4x4 dgn kete turun...turun bukan naik. Perasaan masa tu cuak2, sejuk, sepi, jalan sempit, banyak kesan tanah runtuh. Nak patah balik memang tak la memandangkan dah hampir setengah jam redah lereng2 bukit sorang2 dan fuel ciput terpaksa aku teruskan. Mendung dan sejuk giler, kebas tangan2 aku. Aku kuatkan niat 'Lillahitaala' ape yang aku buat ni semua demi Allah, nak lihat dan mensyukuri alam kurnianNya. Memang sepanjang mendaki tu fikir nak givup, 1st time tak tau jalan dan memang tak gune gps langsung. Aku janji kat Allah sampai kat Fraser peak aku nak solat asar. Boleh kata beratus selekoh tajam aku redah nak naik atas tu, sekali sekala footrest aku jejak kt tar punya la kona baring. Kalau naik kete kompom mabuk ahaha. Sekali sekala aku hampir overshoot, mungkin sebab front absorber aku dh lama tak tukar minyak atau servis. Paling aku tak lupe nyaris terlajak ke gaung naseb baik takde kete time cornering tu, kalau aku masuk gaung sapa tah yang bole jumpe aku kat situ, ku sendiri menyelusuri perjalanan ini yang penuh misteri...haha. Semua kat Allah aku serah segalanya. Alhamdulillah lepas sejam lebih bantai korner maut sorang2 sampai jugak aku kat sini,










Tapi....mintak motor aku dah bingo, tinggal sikit, kedai jual petrol kat tepi balai polis bukit fraser tu tutup, cari kat kedai runcit kat atas tu habis stok plak. Pekedai tu ckp dua tempat ni je jual petrol botol. Ah sudah...baru nak gerak kak kedai tu cakap try tanya sebelah mesjid, fuh lega tu pon tinggal sebotol jer. Rm4 sebotol 1.5liter..ok la tu. Kali kedua solo ride habis minyak kih3..dlu yg nak ke sri aman serawak .



Lepas isi petrol hati pon agak tenang terus aku solat asar kat mesjid situ Alhamdulillah.
Dalam pukul 5.45pm aku pon nak gerak balik dah, sambil2 tu sempat snap pic kat tepi jalan buat kenangan untuk kali ni.





Laluan balik pulak aku akan lalu kubu baru, sebenarnya dari sini lagi dekat untuk ke fraser dari KL. Dah aku hemtam jer mana la aku tauuu jln ni haha. Ok la turun tak stress sangat moto aku, walau jalan agak gerutu sikit tapi lagi terang dan lapang dari jalan eerie ikut bentong tadi.

Jap...penat taip pakai hp ni....

Laluan ni kurang mencabar bagi aku sebab takle celen jalan bentong-bukit fraser, gilaaa. Sebelum sampai ke kubu baru sempat tengok tasik buatan yang agak manis ini.




Tasik ape aku lupe kat pakcik mancing yang aku tegur tadi, bile tahan luas tasik buatan tu.

Dipendekkan cerita laluan seterusnya melalui kuala kubu baru, batang kali, ulu yam( jumpe dam) dan batu caves. Seterusnya ke gombak dan sampai pada pukul 8pm. Solat magrib then aku pegi makan.

Alhamdulillah syukur ya Allah.

Ringkasan
Jarak: lupe nak kire
Petrol: dlm rm8
Durasi: 5jam (3pm to 8pm)
Average speed: 110kmh
Min/max Speed: 60kmh/150kmh

Route: gombak-hiway karak-bentong-bukit fraser-kuala kubu baru-batang kali-ulu yam-batu caves-gombak.

posted from Bloggeroid

04 Februari 2015

Sesi merawat jiwa

Alhamdulillah hari ni ada kelapangan masa yg banyak, jadi siang tadi keluar pegi cari barang buddy aku kirim iaitu pen buluh. Sambil2 tu bole la aku cari buah tangan untuk anak bini memandangkan sok aku balik semenanjung. Lepas beli barang kawan aku tu terus Faizul bgtau die nk pegi kuch jgk, die ckp bosan kt bilik. Jadi aku pon tunggu die alang2 ok jugak dh lama tak ride ni. Moto pinjam moto apok lc135. Lps dkt sejam sampai faizul pon sampai, lepak makan2 dlu pastu terus gerak ke santubong. Otw ke sana sempat lepak tmpat yg aku suka dekat jambatan santubong, sebab view sgt cantik tmbah pulak angin kuat atas jambatan tu. Tenang aman je jiwa masa tu. Aku dengan faizul sama2 tgh stress psl kontrak. Ok jugak gi amek angin sama2.

Tak tau nak ckp suasana kat situ, mmg tenang sgt jiwa tengok pemandangan. Lerai jugak kusut2 kepala ni Alhamdulillah.

Lepas lepak situ kena rokok sebatang dua terus gi damai santubong. Lepak2 tgkap gamba, solat pastu gerak balik utk terus ke gresik dimana lokasi mantop nak beli kek lapis seketoi dua.


Tak lama tu masa nk balik hujan, terpaksa redah sehelai sepinggang sejuk banar tak pakai sweater/baju hujan. Redah punya redah sampai kg gresik ngam2 jmpe surau dptla juge solat magrib kat situ, settle je terus gi kedai kek lapis mira, gi situ sebab setakat ni rasanya torbaek kek dia.
Tangkap 3 ketul lepak kat kedai tu sebab hujan. Fikir2 dari lepak trus gi makan kt medan selera area situ.. Jap2, aiisehh terpadam lak gambo kedai kek mira dgn medan selera kat situ. Aku bantai terai mi bandung kat situ. Saje terai org sarawak buat mi bandung. Naseb bek menjadi walau kureng sket sbb xde daging dlm tu. Kire hokey jgk la hantam tibai mkn rm5. Setel makan hjn xnak benti. So...redah lagi sampai la umah aku. Camtu la cerita patik pada hari ini.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)