11 Januari 2012

Anak aset ke syurga atau neraka?

       Alhamdulillah syukur masih diberi kekuatan dan hidup dihari ini dibumi Allah yang tersergam indah. Sang suria pun masih bersinar menunaikan tugasnya terhadap Allah. Segar udara pagi, aman dan tenteram...Thanks Allah..

       Biasanya kita slalu mendengar tanggungjawab ibu bapa sangatlah besar dan berat. Mendidik anak menjadi seorang muslim sejati bukanlah senang. Tambah pula di era moden ni masing-masing ada kerjaya nak dijaga. komitmen berbahagi-bahagi antara dunia dan akhirat.. Itu adalah paksaan dunia, kita tidak diwajibkan mencari kemewahan semata tetapi carilah akhiratnya jua. Ibu bapa juga boleh diistilahkah penghantar ke syurga atau sebaliknya.

       Sebagai anak tidak terlepas dari tanggung jawab seperti yang disebutkan tadi. Adakah kita sebagai anak selalu melalaikan nasihat mereka ataupun melupakannya. Jangan kerana kita adalah anak kita tidak perlu melakukan apa-apa pada mereka. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bersama mereka. Pada aku ibu bapak jugak antara tempat kita nak refer tentang sesuatu lebih-lebih lagi tentang agama. Selama kita hidup ni rasanya pernah tak kita fikirkan tentang sesuatu? maksud aku bila orang tua kita meninggal. Adakah kita dapat uruskan mereka ni dari awal hingga ke akhirnya? Mandikan jenazah, kafankan, mahupun urusan ke liang lahad. Tidak kira la lelaki ataupun perempuan tetap sama. Tidak semestinya anak perempuan tak layak, tak sesuai dan segala bagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab untuk menguruskan jenazah ibunya. Pada aku banyak kelebihannya bak kata ustaz Don kat tv alhijrah tu. Contohnya alangkah baik kalau kita selaku anak adik beradik memandikan sendiri jenazah orang tuanya. Tentunya kalau kita sendiri melakukan perkara tersebut dengan penuh kasih sayang dan tertib. Kalau orang lain semestinya tak macam yang kita uruskan sendiri. Andaikata ada aib, tentunya rahsia tu kita simpan ketat-ketat.Yelah kita kan anak. Begitu jugak masa mengkafankannya. Tentunya kita susun elok-elok kita balut cantik-cantik sebagai pakaian terbaik untuk dihantar ke alam roh kelak. Nama pun dengan kasih sayang kan. Seterusnya mengimamkan jemaah untuk sembahyang jenazah. Adakah kita mampu untuk melakukan tu? Aku tau tak ramai yang boleh dan yakin untuk menjadi imam. Alangkah baik kita selaku anak dapat buat semua tu. Proses kebumi pun begitu. Kita tak tau bagaimana kalau orang lain yang uruskan. Pada aku la yang pernah masuk ke liang lahad untuk meletakkan nenek aku diperbaringan terakhir, aku rasakan sangat takut kalau-kalau pergerakan aku ni menyakiti jenazah kerana perasaan sayang,kasih tu tidak terhingga. Apatah lagi kalau mak bapak kita sendiri. Semua urusan terakhir anak-anak yang buat. Si arwah tentu berbangga dengan kita dan bersyukur kerana diberi anak yang soleh dan bertanggungjawab. Apa yang aku taip ni semua berkisar dari video Ustaz Don ini..tapi apa yang dia cakap memang buat aku tersentak, rasa macam nak menagis pun ada sebab aku tau aku sendiri tak mampu nak lakukan tu semua. Sama-samalah kita belajar nanti InsyAllah..Oh ye kalau nak menangis biarla kena tempatnya, jangan kerana cerita korea ka jepun ka ataupun hal dunia saja kita menangis...tak gune wooo... :) jom kita tengok..




09 Januari 2012

Wanita: Akal senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati fikiran dan perasaan lelaki akan resah masih mencari walaupun ada segalanya.

Apa yang tiada didalam syurga. Namun Adam tetap rindukan Hawa. Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus....manakan mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus...

Luruskan wanita dengan dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mengikut panduan dariNya..

Janganlah cuba menjinakkan mereka daripada harta kerana nantinya mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nantinya mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal. Disitu punca bagi kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya. Tebalkan ia dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Perasaan selembut sutera. Hiasilah dengan akhlak

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan tuhan. Bisikan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi tuhan, sebaliknya disitulah kasih sayang tuhan.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti akan terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok. Itulah akibatnya andai wanita tidak mengenal tuhannya.

Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkanlah diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu.

Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
Andai peribadimu tidak sehebat Saiyyidina Ali karam Allah Wajhah~   :-) 

07 Januari 2012

Anjing the story

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sentiasa dalam keampunan dan diberkati buat semua saudara seislam sedunia.

Ok, hari ni aku nak share story sikit mengenai anjing, binatang yang tentunya lebih dikenali dengan najis mughalazah. Tak ramai orang kita yang bela, kecuali orang-orang kafir.

Dirumah aku ada anjing, dulu ada empat ekor termasuk seekor ibu dan selebihnya anak. Tapi sekarang tinggal ibunya sahaja. Pada mulanya si ibu anjing yang lebih senang kami nak panggil dengan nama 'shiro' ni abang aku bela untuk jaga kebun pisang yang dah dipajaknya dulu. Maklumlah kat kampung ni monyet banyak sangat, jadi camne nak tanam pisang secara komersial kalau si monyet-monyet ni asyik curi pisang tu tiap-tiap hari. Jadi dengan tu abang aku ambik keputusan nak letak anjing penjaga kat kebun tu. Ntah mana dia dapat mungkin dari cina pekan atau beli dengan membe dia. Dari mulanya proses kebun pisang tu shiro ni dah duduk dalam kebun tu. Shiro kenal abang aku sebab dia ambik dari kecik. Kemana-mana abang aku pegi dalam kebun tu dia ikut. Tapi jangan silap shiro ni tak manja sampai menjilat-jilat tuannya mcm dalam tv tu. Mungkin sikap abang aku yang tanak manjakan dia sebab takut jadi camtu.  Shiro ni kenal perimeter kebun seluas hampir 4 ekar tu. Yes, ni salah satu fakta yang aku baru tau. Dia takkan keluar perimeter selaku pengawal kebun. Tapi ada waktu tertentu dia akan keluar. Akan aku ceritakan nanti...

Pernah abang aku cerita yang si shiro ni bijak. Masa tu dia berehat kat bawah pokok pisang untuk rehatkan badan, bila dikeluarkannya rokok sebatang dia baru sedar yang pemetik api zippo dia hilang. Si shiro ni nampak yang abang aku nak hisap rokok tapi takde api. Shiro terus berlari kemana pun tak tau sedar-sedar dia dah gonggong zippo milik abang aku ni lalu dijatuhkan depan tuan dia(abang aku ler). Abang aku samak lalu dipakainya zippo tu buat hidupkan rokok. Ok, tugas shiro biasanya dia akan halau monyet yang cuba curi pisang kat dalam kebun tu tak kira siang atau malam. Tak pernah misi si monyet ni berjaya dek kerana shiro. Dalam situasi yang lain pulak, dalam 100-200m sebelum abang aku ni sampai kebun dia, shiro dah tau dan kenal bunyi motor tuan dia termasuk jentera kubota. Dia akan kejar abang aku sejauh jarak tu, tersenyum abang aku tengok gelagat shiro. Kadang-kadang shiro buat orang tak selesa juga, yela dalam kampung melayu ni mana ada anjing. Tapi orang kampung aku faham, shiro cuma ditugaskan untuk menjaga kebun. Bab makanan tak perlu risau sebab abang aku takkan biarkan si Shiro ni kelaparan. Ada juga satu masa tu abang aku belikan shiro ni makanan anjing yang dalam tin, special katanya sebab taat jaga kebun. Pernah aku cuba untuk masuk kedalam kebun aku dengan uteh aku naik motor, baru sampai depan dah kena kejor dek shiro sambil menyalak. Gelaabah dibuatnya, nak u-turn jalan dalam kebun tu kecik tambah pulak tanah lembik. Tapi rupe-rupenye shiro tak gigit kami berdua, mungkin sebab diskaun aku masuk kebun tu pakai motor tuan dia hehehe. Saje je aku nak test dia cam ke tak. Rupenye memang cam sangat-sangat aku ni bukan tuan dia hahaha,. Terkekek-kekek aku ketawa dengan uteh aku lepas dapat lari dari shiro. Mungkin tu juga antara kenangan manis aku bersama keluarga.

Selepas beberapa tahun, kontrak pajakan kebun tu pun tamat. Dan abang aku membiarkan shiro mengikut dia pulang ke rumah. Maka tinggallah shiro disekitar rumah aku, adik beradik aku yang lain kurang setuju sebenarnya, tapi jika aku renung mata abang aku, aku dapat tangkap dia takkan sanggup nak membuang shiro jauh dari dirinya, kalau aku sendiri jadi tuan shiro maybe aku takkan buang jugak sebab shiro tu dah berjasa dan menyelamatkan ribuan ringgit dari hasil dicuri monyet. Core value dia pun mahal, kasih sayang tu..Walaupun binatang kan kita ni dikurniakan perasaan kasih sayang sesama makhluk ciptaan tuhan. Pernah juga bapak aku menyuruh abang aku ni buang si shiro ni jauh-jauh. Abang aku pernah buang shiro ni sejauh lebih dari 15km pada malam hari naik lori. Tapi tak lama, shiro pulang sendiri ke rumah aku selepas beberapa hari. Abang aku cakap "alamak jejak kasih la pulak", setia si shiro ni kat abang aku ni takde penamatnya.

Maybe selepas setahun dan aku pun jarang balik ke kampung, shiro dah beranak. Empat ekor anaknya, tiga berwarna hitan campur kuning dan seekor warna kuning macam shiro. Comel gemok-gemok semua tak macam ibu dia slim jer. Bila aku rapat tak lari pon anak-anak shiro ni. macam nak pegang tapi malas nak samak tangan aku. Comel sangat tapi ape nak buat kau tu anjing dalam hati aku berkata. Kalau nak ikutkan hati nak jer aku belai-belai dan buat main macam kucing. Anjing ni bijak sebab tu la aku nak cuba ajar samthing yang aku tengok kat tv hehe.  Sianak-anak shiro yang aku panggil puppy ni semakin besar. Tiba-tiba anak buah aku yang rajin usha si puppy-puppy ni cakap kat aku "cik anak anjing ni mati sekor" ..aku tanya kenapa kat mana pastu dia jawab mati kat bawah timbunan kayu-kayu rumah lama. Sah mati tercepit ni. Esok harinya tanam teros. Tinggal la 3 ekor si shiro junior ni yang semakin lincah pergerakan dan sihat ni.

Pernah satu masa tu aku terbaca kat internet yang malaikat takkan masuk rumah kalau bela anjing disekitar kawasan rumah. Tapi aku rasa issue tu boleh dihuraikan lebih lanjut lagi. Aku pon bagitau abang aku akan hal ni, abang aku setuju nak buang. Pada satu malam tu aku dan abang aku tekad nak buang semua anak shiro ni. Dua ekor yang warna hitam dapat ditangkap dan dimasukkan lori. Tinggal satu lagi iaitu yang berwarna kuning, yang ni agak besar sikit maybe anak sulung kot. Dalam gerimis tengah malam aku selongkar tempat timbunan kayu lama yang jadi tempta tido dia selalu, dengan keadaan hujan tambah pulak paku papan yang kat mana-mana je boleh terpijak agak bahaya jugak la situasi malam tu. Last-last tak berjaya tangkap yang kuning. Dia termasuk jatuh kebawah timbunan kayu papan, puas aku angkat papan-papan tu tapi tak jumpe jugak. Dalam pukul 1230 mlm aku dan abang aku surrender. Yang dua ekor berwarna hitam tu berjaya dibuang di pinggir pekan. Sampai kehari ini tak tau samada diorang balik ke rumah semula atau tidak, pada sangkaan aku tidak sebab anjing tu masih kecil. Tinggallah shiro bersama si puppy kuning hingga ke hari ini..


Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)