30 Julai 2011

Dosa, sakit dan mati.

       Sedang aku mengelamun petang tadi, terfikir sejenak. Dalam meniti laluan masa ni, kita hidup dari kecil hingga saat ini berbagai kisah yang berlaku. Sejak dari kita dilahirkan hingga kini tentunya banyak kisah menarik tak kurang juga yang kurang menarik berlaku.. Disini aku ingin kongsi beberapa kontak pemikiran aku yang tak seberapa. Harap korang sudi membaca.

       Ramai dari kalangan kita masih sihat masih berupaya berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Alhamdulillah ucapan paling terbaik bagi mereka yang selalu bersyukur dengan kurniannya. Sekarang mungkin waktu kita bersuka ria kerana masih sihat walafiat sehinggakan kadang-kadang kita lupa nak ucapkan Alhamdulillah. Eh pusing-pusing pulak ayat aku. Ok la staright forward, sebenarnya aku nak cerita mengenai sakit ataupun uzur ataupun masa tua kita nanti. Perkara yang aku nak sampaikan ni ada kaitan dengan agama, dosa dan pahala. Pernah tak anda mendengar sakit itu salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kita? Tapi sejauh mana kita dapat menerima dengan redha dengan apa yang diberi. Kaya itu satu ujian begitu juga sakit itu satu ujian jua. Jika dikatakan sakit itu penghapus dosa bagaimana pula jika kita mengeluh kesah menahan sakit seolah-olah tidak menerima akan apa yang terjadi. Adakah dosa-dosa kecil itu terhapus? bagaimana pula dengan dosa-dosa besar? Sebab itulah kita disuruh sabar ketika dilanda musibah, menghakis dosa kecil yang melekat didalam buku dosa kita. Sudah banyak rasanya pengalaman yang telah berlalu bila melihat mereka yang terlantar sakit, ada yang bertahun lamanya. Tabah sungguh mereka yang dikurniakan dugaan sakit itu. Ada jugak terfikir adakah teruknya sakit yang melanda seseorang itu pengukur akan dosa-dosa lalu mereka? Kalau ya maka betapa teruknya seseorang itu menderita maka begitulah banyaknya dosa-dosa yang mereka lakuna. Yang penting itu cuma satu anggaran dan tidak boleh dijadikan ukuran. Ingin aku selitkan beberapa post aku yang lepas, orang yang kaya mewah hidup senang buat apa sahaja dapat dilaksana tetapi orang miskin sukar tertunai doanya. Semua itu adalah nikmat juga ujian.

       Mengikut apa yang aku nampak dan aku lalui orang yang beriman selalunya mati dalam keadaaan yang senang ataupun terkejut. Ingat, Allah lakukan sesuatu perkara tiada tanpa bersebab. Tidak hairanlah orang yang sihat tubuh badan tiba-tiba mati diserang penyakit secara tiba-tiba. Teringat seseorang menerangkan perkara ini kepada aku. Baru-baru ni saja sahabat bapa aku meninggal secara mengejut. Tanpa disedari dia yang sihat meninggal walaupun diketahui sihat sebelum ini. Pernah juga aku terbaca artikel-artikel bagaimana dasyatnya mereka yang mati dalam keadaan keji. Salah satu kejadian yang pernah berlaku dalam hidup aku seorang kawan telah meninggal kemalangan terperosok dibawah reban ayam bersama najis-najis yang berlonggok. Kebetulan dibawah reban itu adalah longkang. Teman rapat arwah ada memberitahu dia mabuk ketika memandu motorsikalnya. Subhanallah..Allah maha berkuasa, positifkan minda mungkin arwah tidak sedemikian rupa. Ada yang jenazahnya berat, tidak muat dimasukkan didalam lubang kubur, lubang kubur dipenuhi air dan bermacam-macam lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku terjadi. Itu mengingatkan kita bagi yang hidup dan sedang menjalani ujian ke destinasi seterusnya. Bagaimanakah keadaan jenazah kita suatu hari nanti, adakah seperti biasa ataupun ada kejadian buruk yang berlaku. Semoga kita bersama-sama mencipta kesudahan yang baik nanti bermula dari sekarang. Aku rasa ada satu soalan aku nak tujukan kat aku sendiri. "sudah sediakah kamu menghadapi kematian?" 

Sekian, wassalam..
       


29 Julai 2011

Warna warni hidup

     Alhamdulillah syukran hari ni masih lagi dpat menyedut udara kurniaan tuhan dan juga tengok dunia seperti biasa. kadang-kadang aku terfikir berapa lama lagi kita nak hidup. Dunia pun dah semakin tua, sakit-sakit jer selalu. gempa sana gempa sini, taufan dan macam-macam lagi. Syukur aku panjatkan kepada ilahi, negara kita ni masih lagi selamat dari bercana dasyat seperti jiran kita indon tu. Bangun pagi, kerja, balik, makan, berehat dan menunaikan kewajipan seperti biasa. Rutin tetap rutin. Adakalanya kita bersedih adakalanya kita gembira. Itu adalah satu kemestian dalam hidup, jika tidak dah tentulah kita bosan dengan satu perkara. Tidak semua boleh berjaya dan tidak semua gagal. Tetapi setiap orang akan melalui kedua-dua perkara terbabit. Helah tipu daya juga muslihat sentiasa disekitar kita. Jika terkandas dalam muslihat itu sudah tentunya kita tewas dan gagal. InsyAllah jika hati kita terang kita akan mudah nampak jalannya. Paksaan dalam hidup kadangkala memaksa kita melakukan sesuatu yang tidak terjangka. Walau perkara itu kita tidak mahukan ataupun perlukan tetapi tetap perlu dilalui juga. Bak kata orang onak duri ku lalui. Intipati kehidupan ni tiada lain, hanya untuk menuju ke alam yang kekal, alam akhirat. Ramai menanti disana, sehinggalah nabi Adam sendiri. Hidup ini umpama satu peperiksaan, kita malas kita gagal, jangan salahkan kerana tidak mampu kerana kita dikurniakan akal fikiran yang sama kecuali orang gila ataupun cacat. Tiada alasan.. Hidup banyak alasan umpama menidakkan kemudahan yang disediakan. Hidup ikut logik akal, bukan ikut nafsu akal. Kiranya kita sekarang ni dalam tempoh cubaan, dalam kebuk ujian. Siapakah yang bakal berada disamping anda disyurga, atau dineraka? mungkin sekarang ini anda sendiri tahu jawapannya, kita dikurniakan akal fikiran, waras untuk timbang tara. Hanya yang malas jadi orang kurang upaya untuk berfikir. Malas berfikir masa hadapan atau rajin untuk berfikir soal dunia? Anda tahu jawapannya, keputusannya sebenarnya sudah ada ditangan kita. Ada peluang untuk re-seat, iaitu selagi mata ini celik. Tak percaya tak mengapa. Anda seorang yang waras kerana boleh membaca post ini. Ditujukan untuk diri sendiri dan juga pada insan yang positif. Wassalam.. 

27 Julai 2011

Sebelum puasa

Gedebuk gedebak dah nak puasa dah, macam kejap sangat tahun ni tak rasa rupenye dah nak masuk Ramadan. Cuaca pun aku ghase dah mulai sejuk, petanda awal ramadan nak datang sebelu panas terik dipertengahan, ni perasaan aku la der.. Aku hrap tahun ni dapat lagi puase penuh insyAllah. Mari kita sama cucikan perut yang kotor, hati yang kotor, perut yang kotor dan batin yang kotor semuga lebih baik dan dapat reset balik semua sistem iman dan fizikal kita. Tapi sebelum puase aku suka buat sesuatu yang bagi aku tak penah tinggal sebelum sampainya bulan puase. Perkara itu ialah makan, time hari biase ni tak teringat pulak nak makan burger, mekdi, eskem semua tu tp nanti dah msuk je ramadan semua tingin nak makan. So aku telah mengadakan satu hari makan puas-puas, benda yang bakal goda aku time puase nanti aku tunaikan siap2, Alhamdulillah la berkesan jugak sebab bila tgh puase aku teringat benda sedap2 ni aku dapat lupekan sbb dah makan semua tu. baru ni aku bantai durian giler2 punya sampai nak muntah aku dikerjakan. Benda sedap kena la makan banyak2 hehe. Adeh mata takle lelap, sajer post merepek2 ni...chow.

23 Julai 2011

Mengenal diri

Assalamualaikum, harap korang sehat semua. hari ni pakcik nak story sket mengenai beberapa tahap blockage diri yang harus kita pecahkan. Stage ni cuma mengenal diri.

     First thing ape yang kita perlu tahu, kita ni mempunyai berbagai-bagai kelemahan kerana kita adalah manusia biasa. Thats why kita susah nak dapatkan sesuatu yang kita nak kerana diganggu unsur-unsur semulajadi yang menebal dalam diri. Kita tak boleh salahkan orang lain jika kita gagal mencapai sesuatu, mesti ada perkara yang tidak dapat ditunaikan walaupun perkara itu mudah. Kita sememangnya tak suke jika ada seseorang mengutuk kita kerana itu adalah perkara normal bagi setiap manusia. Walaupun mungkin ia ialah sekadar perkataan ataupun cacian, taupun nasehat jangan ambil mudah kerana itu boleh dijadikan kajian utk mengenal diri sendiri mengikut kekerapan orang lain. Ego dalam diri tu tetap ada , terpulang pada individu bagaimana cara memikirkan dan juga mendalami apa yang tersirat dalam apa yang dikatakan kepada kita. Kita takkan sedar diri kita melainkan diberitahu oleh orang lain. Ape yang akan timbul hanyalah perasaan marah menyelubungi di segenap pemikiran, mungkin kerana malu atau tidak dapat menerima apa yang didengar. Orang lain takkan memberitahu perangai kita yang tidak disukai melainkan kita bertanya ataupun orang itu dengan sendiri memberitahu secara jujur dan ikhlas. Bila ada orang mengatakan kita 'boros' contohnya cuba kita amati dimanakah kesilapan diri kita yang membuatkan kita ni boros, adakah boleh diterima atau tidak? ataupun itu sekadar tohmahan. Jika egois tu tak dapat dibenamkan tiada apa yang boleh diperbaiki. Tujuan kita mengenal diri ini tidak lain hanyalah untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri supaya menjadi lebih baik. Sifat semulajadi diri adakalanya adalah amat sukar untuk diubah, mungkin juga kerana faktor genetik ataupun cara hidup yang sememangnya sedemikian. Tidak ramai yang dapat membina tembok diri, disini ingin saya terangkan tembok itu adalah pemisah antara sedar dan egois. Cuba terima dan anggap kutukan itu adalah benar jika berulang kali diberitahu sedemikian, jangan lupa memperbaiki kesilapan itu. Tiada perkara yang sukar jika mahu berubah. Pokoknya diri sendiri, jika degil jua itu hak masing-masing. Hiduplah dalam keadaan seperti biasa diri kamu. Ada perkara yang baik dan ada juga perkara yang buruk dalam diri kita. Itu adalah hakikat hidup. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.

     Ada ke tidak perkara yang tidak disukai dalam diri anda iaitu perkara yang kurang elok yang tidak dapat bertahan lama bila diubah? Jika ada maknanya anda seseorang yang mengambil berat soal diri. Jika tiada anda hanyalah seseorang yang hidupnya sekadar hidup, kosong dan paralized. Peningkatan terhadap sahsiah diri tiada kemajuan. Bangkit dari tidur adalah sukar jika kita tidak membawa diri sendiri untuk bangun, tetapi mati itu ketentuan anda tidak boleh menghalang. Banyak perkara yang perlu diperbaiki dari hari ke hari. Renunglah diri sendiri bagaimanakah diri kita dimata orang lain. Jika anda merasakan diri anda adalah yang terbaik dan paling benar sanggahan didalam minda anda akan hanyut bersama perihal yang dibekalkan. Orang lain takkan gelakkan kita jika tiada perkara lucu, orang lain takkan memarahai anda sekiranya anda tidak membuat masalah, tiada perkara tidak bersebab berlaku. Apepon tetap terpulang kepada individu. wallahualam..

21 Julai 2011

Teknik memperdaya dan diperdaya masuk skim cepat lingkup

     Assalamualaikum hai semua, dek kerana tak tau nak buat ape skrg ni aku nak story sikit pasal beberapa teknik mempengaruhi org adoi pun.....Oleh kerana aku penah terjebak dalam bidang perniagaan satu masa dulu aku dah diajar beberapa teknik yang mantopb lagi terkesan nye pun adoi. First thing welcome aboard to the law of ion, positif dan juge negatif nye adoi pun.

     Berkenaan seperti tajuk lepas kita mempunyai inner energy yg terkandung didalam badannye pun cas-cas zarah dan jirim manusia yang mudah tertumpu kepada cas yang lebih besar. So kalau anda mahu berjaya campurla dengan orang2 yg berjaya, kerana secara tak sengaja kita akan mudah menerima segala pertuturan mereka2 ini nye pun adoi. Bandingkan diri anda bila duduk dgn orang yang positif dan negatif. ketara kesannya jika diamati. (sila rujuk post lepas)

    Salah satu teknik lembut lagi cam hampeh (sape yang tahu la) mereka2 ini yg berbisnes ialah dengan mencungkil perasaan mangsa  pendengar contohnya mengajak tuk bercerita tentang kerja masing2 sambil  menyokong keluhan si mangsa, kadang-kadang tu pulak bila kita yang bercerita dia pulak yg lebih2 ceh. Kununnya caring la hahaha. Then dia akan cakap soal masa, berapa masa yang mangsa gunakan untuk tido, makan, berehat. Dah kompom anda akan kantoi kerana waktu normal kita bekerja hanya 8 jam. Selebihnya 8 jam utk tido dan 8 jam lagi untuk???? Diorang akan tab kat situ, then kita akan sedar masa kita banyak membazir selama 8 jam sehari. So why not you gunakan utk perkara yg berfaedah??? kikiki..amek kau. Ha lupe nak cakap, dia akan tanya kita sampai bila nak makan gaji, gaji tak cukup dan macam2 lagi adoi nye pun. Impian jugak salah satu senjata power, paling power ialah bercakap mengenai Haji dan umrah ataupun orang tua. (mampos kau nak elak mane) . Haha oh ya aku cerita ni bukan nak back up mana2 okay. 

     Okey di pendekkan cerite bila anda berjaya menjadi mangsa seseorang menjalankan bisnes cepat lingkup dan bengkrapsi anda akan menjadi terlalu bersemangat, dengan semua orang anda akan cerita, jumpe saje sape-sape mesti anda akan bercerita walau anda seorang yang bisu sebelum itu (acah jer). Kalau berjaya alhamdulillah kalau tak, memang mental la hua3. Perasaan terlalu mengharap seseorang akan jadi macam anda masa tu sangatlah tinggi, yela kan positif giler masa tu. Tak semua akan berjaya jadi macam anda kerana tak semua berjaya, nama pun bisnes cepat lingkup mesti ada yang mati barulah yang berjaya tu boleh pijak utk naik lebih tinggi. Korang takkan putus asa kerana mungkin dah keluarkan modal besar gabak dan tanak rugi ditengah jalan. Anda akan berusaha sampai semput-semput bahasa dan masa tula baru nak menyesal la rugi la semua tu nye adoi pun. Kamon la jangan jadi bodoh, bukak bisnes sendiri jangan join2 benda pelik2 tu semua  kencing merata jer. Macam2 bisnes bole buat sekarang ni, rilek beb! Ada jugak teknik memula belanja sakan mangsa tu siap tunjuk itu ini pakai laptop, naik kete mewah la kununnye adoi pun tapi hampeh. Kete kompeni jer cis cis haippp..tapi bila dah masuk bisnes diorang silap2 tegur pun tak . Ini la kenyataan dari aku yang ada pengalaman ni bro dan beb.

     Sebenarnya memang betul perkara kat atas tu, boleh digunakan utk mempengaruhi seseorang but plz jgn gunakan utk bisnes cepat mampuih kesian kat depa. Mane2 bisnes kalau nak orang lain jadi bawahan memang macam tu lah gamoknye. Kepala aku ni dulu disetting oleh org atasan utk buat bisnes tu, ramai giler orang kaya lepak ngan aku masa tu (takcaye ke? betolla sbb diorang nk aku berjaya hehehe) . Ok aku fail, sebab diri aku sendiri walau masa tu dah masuk tahap manager, nak tahu sebabnye??? DIRI SENDIRI PAHAM! Aku cakap macam ni sebab bisnes tu dah puluhan tahun bertapak halal lagi toyyiba. Wassalam.

19 Julai 2011

Merapek bak kate atok aku

     When we were alone, sometimes we learn something. But when we in crowd we do for nothing. Only happiness and enjoyment drawn apart for what we're being to be. Take a deep breath, close your eyes, see what you need or what you should do. Tear it apart, so we can get a walk. Life is interesting with shine and dine. It could be dark or fogged, sailing in the dark is just you throw away your life. No matter what, were human right, we do what we want. But remember, youre scheduled until it reaches the end. 

     Look with shallow eyes, youre not walking alone. Hahaha apada aku merepek ni. Konon-konon cakap omputeh la, blah laaa...ekeke. Ni lah kalau takde keje mula la nak jadi jurnalis. Sehari lagi nak seksa kat sini, duti tak habes2, fedap pon ada dgn makanan yg kena catu. Kang atak pasal-pasal aku panggang kuceng letak kicap sket pastu makan hahaha. Giler ke hape. Yezza2 balik semenanjung jmpe org yg tersayang dgn kerete usang aku yang senantiasa terbagkan aku kemana saja. Dah lama molot aku ni tak makan makanan semenanjung, gatai lidah baq ang. Makan siput sedut masak lomak kompom dua pinggan aku bedal. Ada plak sayur goreng pehhh cara tu. Tapi cakap pasal makan ni, tingin plak nak makan masakan arwah mak gue, gue rock tapi bab masakan arwah mak gua adehhh.. mano den nak dapek ha. Berangan ajo la den kang. Hope so isteri aku nanti ada magic leh masak sedap2 utk aku, tak kira la simple pon janji sodap. Takyah nak spagethi la peperoni la lasagna la mende tu, makanan kampong sudeyyhh.. Kurang garam, kalori n paling penting aku benci ajinomot. Lantak ar tak sedap pon sbb takde pak ajinaikmoto. Sayur bening, ikan goreng, sambal totok makanan tgahari aku yg bole buat aku happy ekeke...mlm hantam je ape ada.. tapi la beb, aku ada simptom satu lagi iaitu suke memakan lauk ayam masak ungkep. Org jawe tau la masak tu. Panas2 bubuh kicap sket phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.....aiseh mula la nak terliur nih. cisss...tempe goreng ngan sambal kicap. Aku tanak sambal kicap org melayu, nak yg jawa punye hahaha. Tak tau sudah, tapi mmg lain dari org melayu buat dol. Aku etnik jawa ok, rock punya  hehe. Gasak la korang nk cakap apepon. Janji awek jawa best haha. Tu je la do,,, calo bette kuc kuc hotak heii..wakakakak

18 Julai 2011

Hattan

Memburu Rindu 

Kemanakah hatimu kala aku
Menanti kata cinta Mengalir air mata
Kala sepi tiba

Terasakan langkahmu makin laju
Melangkah batas rindu
Dan aku pun memburu
Mentari yang jauh

Berikanlah masa untukku
Mendendangkan kasih dalam syahdu
Tidak terhenti pilu di dadaku
Terlepas bayangmu

Kugenggam angin semalam
Kusimpan jadi nyanyian
Kupeluk bayang hitamku
Menjadi kamus mimpiku

Rendang tak berbuah- Hattan

Hattan

Rendang Tak Berbuah 

Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

14 Julai 2011

Sedikit story yang kita mungkin tidak tahu pasal Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee

     Aku sebenonye malas nak cerita, tapi dah tak tau nak buat ape ni aku setori la sket benda yang boleh aku nak kongsikan. Tajuk die P.Ramlee. Eh bukan dah tulis kat atas ke ngok. Eh yela...haah.

      Baru-baru ni aku ada nengok history channel tapi download punya la *sebab aku takde astro la mende lagi* Banyak persoalan aku terjawab, antara persoalan yang wujud dalam kepala utak aku ni " beliau meninggal macam takde ape dia tinggal kat si Nasir si anak hasil perkahwinan yg sah, halal lagi toyyiba dengan Junaidah, eh ke Junainah tah ler aku lupe. Yela tertanya-tanya jugak P.Ramlee yg mashyur sampei sikalang ni macam lenyap secara tiba-tiba (ye aku tau dia meninggal) maksud aku ending dia macam ada yang tak kena. Lepas sejam lebih aku baring kat atas simen sambil nengok leptop kecil lagi molek kiut emsem la ape lagi ntah kat bilik membe baru aku tau. Banyak dalam tu story sebenar pasal dia yang ramai dari kita yg tak tau meyh. 

     Dipendekkan cerita bagi sape yang nak tau tu dia kena boikot. Ye boikot murid-murid paham tak? Puncanya bila dia berada dikemuncak kejayaan bersama Shaw Brothers. Dalam ramai-ramai pengarah dalam SB tu beliau la yang paling bersinar bak bintang di angkasa lepas. Apa yang dia nak utk buat penggamboran semua SB bagi. Filem dia dah kompom meletop kat panggung wayang masa tu. Thats why la SB yakin dgn P.Ramlee nih. So tak lama lepas tu geng2 pengarah ni mogok ngan SB. Macam2 kesatuan timbul. Ko tau jela masa tu PM singapore lee kuan y...yew eh? yew ke yak? hahaha ntah la. Dia benci org malayu ni tubuhkan kesatuan, paham2 jela komunis kan. Tak pasal2 lepas dari tu SB kena tutup kedai. Lingkop semuanya. Mr Kwek selaku pengarah masa tu pun meniaga megi je lepas bisnes bengkerap. P.Ramlee pun melarikan  membawa diri ke KL. Tak habis kat situ jer, pengarah2 yang jeles dgn kejayaan beliau ni dah sepakat nak boikot die, sampai wartawan pun tanak amek kesah kat P.ramlee ni. Tak tau la pulak klu drg rasuah semua reporter kat negara kita ni. Setiap komen beliau dicaci dimaki. Siann..Oii oii ni cerita betol la.

      Lepas beliau berhijrah ke KL syarikat filem tempatan msa tu tak punya set2 penggambaran yang canggih mcm kat SB singapura. Outdated semua, bayaran pun sikit saje. Banyak idea2 bernas beliau tak tercapai kerana alat2 yang kureng bak kata ayat sekarang. Filem dia masih diboikot. Yela masa tu dah stat masuk filem industan tambi,  hongkong, omputeh dan macam2 lagi. Tak tau la teruk sangat pasal ape dia kena macam tu. Makin hari dia makin down, ramai org dah tak suka P.Ramlee tak macam sekarang masa tu. Sampai la masa detik2 last dia jadi miskin, duit yang ada dia dah guna utk buat filem tapi tak dapat sambutan kerana diboikot. Hotak punya mereka itu. Penah satu ketika tu Ramli Jr. (pembantu dia yg setia lagi jujur) dtg rumah beliau, dia tengok beliau mkn nasi lauk telur ajer. Ramai juga cakap P.Ramlee ni sangat baik orangnya. Suka derma kat orang ramai, tak kedekut dengan sesiapa saje. Tapi tulah, klu satu bangsa tu dah nak dengki org melayu tu ginilah jadinya, tak boleh tgk kita maju sikit. Dia bertambah stress bila dia disaman akibat tolong jamin org kat lokap. Sangat2 stress sebab dibuang oleh masyarakat tempatan kita masa tu. Ayat terakhir dia pesan kat Saloma, 'bila aku mati aku taknak dihormati orang' (masa tu semua orang tak hirau payah jerih dia hidup, sakit, miskin, termasuk tidak ditegur siapa2). Sebab tu la ramai tak dapat cium jenazah dia. Ape yang aku dapat tangkap dari story tu, P.Ramlee memang melayu sejati yg memperjuangkan kesenian bangsa melayu ke tahap tertinggi tidak kira walau bagaimana susah pun dia sendiri. Ni aku cerita tak komplete ni, Shortcut banyak gila. Nanti2 la aku taip yang skema punye okeh. Sedih giler tengok nasib arwahyarham P.Ramlee. .Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

10 Julai 2011

Malayan industries Malayan destiny

     Beberapa lama dari apa yang terbuku di ruang fikiran aku ni aku rasa elok jugak kalau aku share. Kali ni aku nak story sikit apa yang nak aku sampaikan jika aku berfikir diluar kotak. Cuba lihat sekeliling korang kehidupan masyarakat melayu kita. Apa yang selalu kita kerjakan dan apa yang selalu kita impikan. 

     Kadang-kadang terlintas kat kepala aku ni kembali ke beberapa dekad yang lepas, semasa dibangku sekolah semestinya ada dikalangan cikgu korang bertanyakan tentang cita-cita. Cuba ingat kembali apa yang korang dengar dari mulut rakan-rakan kamu ketika itu. Ada yang ingin jadi doktor, guru, pilot, tentera dan lain-lain. Itu yang paling biasa kita dengar, jika ditapis dan di 'zoom' lebih dalam lebih merujuk kepada 'kuli' ataupun makan gaji. Tak ramai yang menyebut ingin menjadi menteri, ataupun pemerintah negara? Memang betul budak-budak bebas nak pilih cita-cita apa yang dicitakan tetapi jika dari kecil cita-citanya adalah untuk menjadi kuli maka bila besar nanti kesitu jugalah destinasinya. Ibu bapa mestilah tanamkan semangat jatidiri anak-anak mereka dari kecil untuk mencapai cita-cita sebagai seorang 'Boss". InsyAllah jika diasuh dan dibentuk pemikiran yang lebih jauh sejak kecil akan memberikan kesan yang mendalam terhadap kendiri dan juga negara. Kehidupan masa kini kita lihat ramai dikalangan org melayu kita yang bekerja setakat cukup pakai tanpa cuba untuk mengorak langkah yang lebih jauh. Selesa dengan keadaan semasa dan tidak mengambil tahu keadaan sebenar. Takut untuk bertindak kerana kesan yang mungkin berlaku kepada mata pencarian. Tidak berani gagal walhal gagal itu titik mula satu kemajuan. Graduan kat negara kita ni cukup ramai, tetapi ramai juga yang menganggur sebab terlalu memilih bidang kerja dan merasa kasta diri terlalu tinggi. Gaya hidup yang semakin 'urban' menyukarkan mereka ini memilih kerja yang sedia ada. Jijik dengan kerja pertanian, perikanan dan ternakan. Jangan terlalu bangga dengan anugerah yang dikurniakan kerana itu hanya sekeping kertas, keupayaan diri sebenar adalah didunia luar yang lebih mencabar. Ramai yang tiada kelulusan dari mana-mana universiti mahupun spm tetapi mampu hidup dalam keadaan yang mewah. Pokoknya diri sendiri yang mahu berusaha kearah yang lebih baik, onak duri tetap harus dilanggar. Biar pahit tetapi manis akhirnya.

     Ruang perniagaan kini dimonopoli oleh warga cina tempatan. Jangan salahkan british kerana meletakkan mereka di pekan-pekan atau di bandar satu ketika dulu tetapi salahkan diri sendiri membiarkan maruah melayu dan kasta melayu terabai. Kita akui melayu memang mempunyai sifat semulajadi iaitu ramah, baik hati, pemurah dan juga senang berbincang. Tapi rasanya tak semua sifat tu ditunjukkan sesama kita. Mengapa lebih senang berbelanja di kedai acong dari kedai sebangsa sendiri? Kerana mereka itu ramah? Bagi harga murah? Senyuman dan tatacara tangan yang agak bersopan itu adalah lakonan semata-mata, membunuh dibelakang dengan senyap. Tetapi kita tetap suka dan selesa. Jika membeli dikedai Ahmad pula rasa iri hati dan dengki akan wujud dalam benak hati kita. Ye memang betul memang ada dikalangan kita ramai yg membeli dikedai melayu, tetapi? sendiri mau ingat, cukup! Renung-renungkanlah diri sendiri. Jika semua dikalangan kita membeli dikedai melayu sudah tentu maju jika bermula dari dulu lagi. Terlalu banyak jawapan disini atas apa yang aku sampaikan, bak kata orang putih "complicated". Kita sendiri faham akan perangai sendiri. Mereka ini bila berurusan dengan kita dia baik,comel, sopan, tatapi bila tiada urusan, kita bertanya pun belum tentu dijawabnya. Terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. Tetapi kenapa kita masih membiarkan? Walau kita tahu mereka menipu tetapi macam tak kisah dengan mereka. Apa masalah masyarakat kita pun aku tak tau. Tidak mengapalah, masing-masing ada jawapan tersendiri. Satu lagi yang ingin aku kongsi mengenai bisnes-bisnes yang terlalu kerap dan terlalu banyak melayu kita buat. Yang paling banyak sekali aku tengok ialah gerai makanan, tak kira lah restoran ke warung ke ape-ape. Kenapa asal keluar dari mulut je cakap ingin membuka kedai makan? Tak pun jual makan-makanan? Ok la ada jugak yang cakap nak bukak bisnes, tetapi bisnes apa?? "Aku nak bukak carwash lah", "Bukak kedai burger ok kot", "bukak kedai bundle masyuk jugak" . ini adalah benda yang biasa aku dengar. Senang cakap perniagaan kecil-kecilan la. Takde pulak yang ingin bukak lombong arang batu ke, kilang perabut ke, ataupun pembalakan..Rilek jer aku tengok mereka buat bisnes-bisnes mega tu, aku rasa orang melayu ramai jugak yang kaya-kaya macam kat drama tv tu kan kan? Tapi susah sangat nak dengar boss atau tauke besar tu orang melayu. Ramai rasanya yang tak sedar. Kadang-kadang teringin aku nak dengar ada melayu beli gunung ke atau puncak bukit buat tempat rekreasi. Yang dah aku dengar projek mega yang orang melayu punya dan berjaya setakat ni ladang rempah ratus ribuan ekar kat Pagoh Muar Johor. Tetapi jangan risau masih ada bidang professional yang melayu kita pegang. Nak tau? Bidang aviation masih purata orang kita yang menjadi jurutera dan juruteknik. kat situ aku bangga sebab aviation ni bukan kecik skop dia. Aku rasa kita tak perlu dikudakan lagi. 

     Bangkitlah masyarakat melayu kita, aku harap suatu hari nanti bangsa bertuah ini akan membuktikan kemasyuran tamadun lampau kita. Tamadun melayu hebat yang tenggelam dalam peribadi dan jatidiri tersembunyi dikalangan kita. Perjuangan masih belum selesai, seseorang yang hebat dan dinantikan akan muncul diera akhir riwayat dunia. Menunggu dan masih menunggu. Takkan melayu hilang didunia.. Sekadar leteran untuk diri sendiri dan kebaikan umum, maaf jika ada terguris........-Asia pasifik-

09 Julai 2011

Debu Hati - Ebby Saiful

Betapa kasih menggunung harapan 
Berderai jua dipertengahan 
Sebutir embun kusangka permata hilang kemana
Tiada kuduga hanya sementara 
Kebahagiaan yang dikecapi
Dalam rintangan meragut segala
hampanya hati, 

Perpisahan tiada mungkin kan terjadi, 
Andainya kau dapat bersabar dan mengerti, 
Tapi sayang kau terlalu turutkan hati, 
Tanpa memberi kesempatan, aku menjelaskan

Apa gunanaya kumengharap lagi
Sedangkan engkau terus membenci
Segala harapan menjadi debu 
Dalam hatiku..

06 Julai 2011

Sabar menghadapi ujian hidup

     Balik dari keje, terus duduk depan laptop. Serabut sangat kepala hari ni aku pun tak tau sebab ape. Rasanya dah beberapa hari aku macam ni. Rasanya ape yang aku buat tu macam sia-sia. Ada jugak org yang kurang menghargai ape yang telah kita korbankan. Bila seseorang duduk diatas, mereka takkan pernah tau sakit jatuh dibawah. Terlantar, merangkak, mengigil dan segala keperitan yang dirasai. Bila kita tersadung dan tersungkur ditanah barulah kita mengerti apa yang sebenarnya itu kehidupan. Kehidupan juga bergantung pada kekuatan pegangan hidup. Sejauh manapun dihasut,diperdaya jika kita mempunyai pegangan yg kuat insyAllah kita tidak akan lari dari jalannya. Ada manusia yang buta, ada manusia yang celik tapi buta hati. Terlindung dek kerana dosa-dosa yang tidak terampun. Namun buta itu boleh disembuhkan dengan cahaya iman. Suapan dunia itu memanglah nikmat, segala hiburan, kebendaan itu hanya umpan syaitan mengaburi sekalian manusia menuju kesesatan. Wahai kawan, itu hanya sementara, percayalah. Tidakkan kamu menyedari kekuasaannya dan tanda-tanda Allah itu sebenar-benar tuhan yang satu? Jika anda akui benar maka apa yang tertulis didalam Quran itu benar lagi terang. Destinasi hidup yang abadi adalah akhirat. Jika dibanding nikmat dunia itu hanyalah sekelumit secubit cebisan dari syurgawi. Jika kamu masih mahu berseronok dengan apa yang dikurniakan sekarang, teruskanlah, ada habuannya yang setimpal dan sepadan dengan dirimu menanti. Jangankan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Hidup ini tiada alasan, tiada penghalangnya, hanya kita yang mencorakkannya. Jika kamu tidak mahu terpulang pada diri sendiri. Tawaran dan hadiah ada jika berjaya. Anda mahu? Tidak? so teruskan dengan jalanmu yang amat enak dan indah sekarang ini.. Kadang-kadang aku tidak faham apa yang dikerjarkan sangat didunia.. Sesekali alpa juga kita akan kenikmatan dunia. Assobaru minnal Iman, Wallahualam . sekian..


Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13

Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:
Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.


Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
 
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar"menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
 
Keenam:
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:

i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii. Sabar melawan nafsu.
iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..


i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

Bentuk ujian keatas manusia.
a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c. Ujian ke atas orang perseorangan

d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


Kepentingan sabar
a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting
a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam
Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

03 Julai 2011

Beberapa kejadian

 Dah lama aku tak buat keje lama aku, rasanya dekat setahun selepas beberapa misi mega yang sempat aku settlekan. Dekat sebulan sebelum ni aku selalu terima panggilan dari orang yang memerlukan khidmat aku. Kadang-kadang aku rasa aku kerdil jer dimata 'dia', macam tak layak pun ada nak minta. Itu la nama nya rahsia Allah, segala maha pada yang maha.

       Setibanya aku ditanah Borneo selepas hampir dua bulan aku tinggalkan akhirnya aku jejakkan kaki ke tanah bertuah ni juga. Pendaratan diwaktu hujan serba sedikit agak mencabar penumpang yang menaiki pesawat bersaiz sederhana. Turun saja dari kapal, hidung aku berair mungkin kerana penyaman udara yang terlampau sejuk. Tiga jam masa yang diambil untuk tiba di kuching ini. Dengan perut yang kosong kami sepasukan yang baru pulang dari operasi TACOP menurunkan segala peralatan yang masih berada didalam kapal. Tanpa lengah lagi selesai saja menyimpan segala peralatan itu aku terus balik ke blok kediaman aku yang terletak tidak jauh dari hangar dimana aku bekerja. Perut aku berbunyi lagi tetapi ada tugas yang perlu diselesaikan. Terpaksa aku lupakan makan tengahari dan makan malam aku. Kebetulan aku selesai dengan urusan yang mungkin sangat mustahak tiba-tiba ada seorang dari junior aku datang tergesa-gesa, aku bangun dari kerusi laptop aku dan bertanya "nape A?" dia menarik nafas yang agak panjang, "sjn x suruh datang ke bilik si N sekarang, aku bertanya lagi dengan nada yang bingung"kenapa? apahal?" Si N jadi tak tentu arah tu, sjn X suruh tengok-tengokkan. Aiseh ape pulak la dengan si N ni, ni mesti benda yang dah dia ceritakan yg lepas. Aku bergegas ke motor si A dan terus menaiki motor menuju ke blok si N. Sesudah sampai aku lihat sjn X sedang memegang kedua-dua tangan si N, si N pada masa tu terlantar di katil sambil mengeluarkan bunyi pelik. Pegangan sjn X ditangan N terlepas, aku mara kehadapan dan terus menyapukan sedikit minyak atar yang dibekalkan khas ke beberapa bahagian tubuh yang penting. Aku lihat si N tidak terkawal, dengan mata yang merah menyala, muka yang marah dan suara yang menggerunkan. Sah dalam hati aku N dah kena ganggu dek makhluk halus itu. Aku belum mahu membuat apa-apa dahulu, cuma aku sepak pipi si N beberapa kali dengan pukulan sederhana sambil menyuruh dia lawan makhluk yang ada dalam diri dia. Keadaan masih sama, N cuba untuk bertindak tetapi ikatan batin sudah terikat pada ke empat-empat tangan dan kakinya. Aku terus duduk dikerusi selesakan diri dan membaca beberapa potong ayat dan siapkan diri seperti biasa. Aku mula bertindak, dengan beberapa pergerakan khas akhirnya si N senyap lalu meniarap. Aku palingkan mukanya, masih tidak sedar dan benda itu masih berada di badannya. Tiba-tiba badan aku terasa semacam, kesan dari sedikit serangan balas makhluk halus tersebut. Aku tidak dapat menahan, muntah-muntah beberapa ketika. Ya Allah sakitnya perut aku, selepas itu aku teruskan merawat si N. Alhamdulillah dengan berkat doa dia mula sedar, air penawar aku siapkan untuk membuang segala saki baki yang masih tinggal dalam tubuh N. Aku menyuruh dia bercakap dan jangan melayan perasaan yang sedang berlaku di benak fikirannya. Aku tahu apa yang dia rasa, ia bergantung pada semangat kita juga. N semakin elok, dia mula bercerita punca ape yang terjadi malam itu. Cukuplah sekadar rahsia. Selepas sejam lebih aku pun balik ke bilik. Rehatkan badan yang penat dan lapar. Alhamdulillah ini mungkin yang tersirat aku tidak keluar makan malam tu. Akhirnya aku tidur dalam kepenatan. 

Selepas dua hari dari kejadian itu aku terima satu lagi panggilan, mengadu anaknya selalu menangis apabila dia pergi kerja. Anaknya baru berusia tiga bulan, perempuan. Bila ditanya ape simptomnya, bayi itu sering menangis tidak henti-henti seperti diganggu sesuatu, ayahnya memberitahu tidak pernah dia menangis seperti itu sebelum ini. Aku buat apa yang patut dan perlu kepada keadaan sekeliling dan pada bayi tersebut. InsyAllah mudah kerana bayi masih suci dari segala dosa. Ibunya juga pernah melihat lintasan makhluk berwarna putih dan hitam melintas ketika sendirian dirumah. Apakah itu? aku pun tidak tahu kerana aku memang tidak suka ambil tahu berkenaan profil makhluk halus tersebut, yang aku tahu mereka hanya nak sesatkan umat manusia. Selesai semua ape yang dihajatkan oleh si tuan rumah malam tadi. Badan aku betul-betul lemah selepas dua kes yang berjaya dipatahkan. Kesan itu tetap ada, sebab itu kadang-kadang aku malas untuk menolong mengenangkan kesannya pada diri aku ini. Biarlah orang tidak tahu ape yang aku rasa waktu ini, yang penting aku dapat membantu orang lain Alhamdulillah. Aku nak berehat buat sementara waktu.
       Kesimpulannya masyarakat melayu kita masihterikat kuat dengan amalan-amalan mistik atau lebih lagi dengan sihir. Mengapa di negara-negara lain didunia kecuali asia tenggara kurang menerima fenomena ini? Ada sesuatu yang tersimpan berkurun lamanya dalam bangsa melayu. Renung-renungkanlah. "Sihir akan lebih hebat dari zaman nabi Musa"..

02 Julai 2011

     Langit tak selalu cerah, mendung tak bererti hujan. Ungkapan ini cukup bagi aku olahkan maksudnya. Setiap yang berlaku pastinya ada maksud tersirat dan juga sebaliknya. Ape yang mungkin kita harapkan dalam hidup kita ini mungkin jadi kenyataan dan mungkin juga tidak. Semua bergantung pada keizinanNya, walau kita bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu tapi jika tiada keizinanNya maka ia takkan menjadi, ada juga rezeki yang datang tiba-tiba. Siapa sangka hujan salji dinegara kita, embun pula dipadang pasir. Rasanya setiap kehidupan dimuka bumi ini hanyalah satu ilusi, ilusi yang selalu mengiringi kita ke satu titik tamat satu hikayat yang telah ditentukan. Berdiri aku disini mengagungi kebesarannNya, amatlah besar kurniannNya buat kita semua. Aku bukakan langkah demi langkah yang panjang, berjalan,berlari dan berhenti seketika. Dan aku juga mungkin terbang umpama burung-burung yang meninggalkan sarangnya. Tiada terkira banyaknya kenangan yang mungkin boleh diingati tuntuk dibawa dan dikumpulkan. Hanya secebis kain canting yang tercorak mengikut lilin-lilin pemisahnya. Pastinya dunia ini akan menjadi kenangan manis buat kita semua. Dunia ini pasti kita tinggalkan, seminit sebentar letakkan diri kita disana sementara waktu. Lihatlah dari jauh dunia kita kini. Amatlah kerdil dan seninya seorang manusia. Pejamkanlah mata dan bernafaslah sedalam-dalamnya, syukuri nikmatnya ucapkanlah Alhamdulillah. Hati tertanya-tanya, masih adakah hari esok? Masih menjadi tanda tanya bagi mereka yang sedar dan tak lali dari mereka yang selalu mengingatiNya. Susunlah sepuluh jari panjatkanlah doa walau hanya sesaat.

     Langit masih cerah membiru, awan masih berarak pantas, sinar mentari masih memancar terang menerangi bumi, tubuh masih bernyawa. Teruskanlah perjuangan. Assalamualaikum. 

PEMAKANAN KINI

     Alhamdulillah hari ni kita masih boleh bernafas, berjalan, tidur, dan yg paling penting solat lima waktu. Sepagi kat kuching ni aku rasa macam best sangat sebab sejuk. Maybe sbb cuaca kat sini memang lebih sejuk berbanding semenanjung. Gatal la pulak hidung aku dek kerana ekon kapal yang sejuk macam freezer daging tu.  

     Rasanya takde ape yang aku nak kongsikan sangat malam ni cume aku nak berkongsikan satu benda yang selalu bermain-main kat kepala hotak aku ni. Kenapa banyak benda yang sekarang ni terlalu segera, contohnya perasa makanan, pewarna, makanan segera dan mcm2 lagi yg sangat instant. Pantas punya kiosk market. Ada aku baca satu artikel tu, penyakit masa kini banyak berpunca dari gaya pemakanan moden masakini. Tengok jer kalau kita makan kat kedai makan, sebuk perasa tu diorang main bubuh jer janji sedap. Makan memang sedap tapi kesan2nya kita tak tau. Aku lebih suka makan kat rumah, masak sendiri puas hati. Itu pun tak lari dari benda yg 'instant' tu. Sayur contohnya rata-rata disembur dgn racun serangga perosak, tu pasal kita tgk segar je sayur tu takde cacat cela tang daunnya. Kalau basuh cincai2 dah tentu la racun tu tak hilang sepenuhnya. Minuman pulak sebenarnya mungkin ramai tak sedar, gula yg kita makan setiap hari tu adalah gula sintetik. Memang gula dari tebu tapi pemprosesan tu dah advance. Aku nk cakap tepat2 tak pandai tapi memang ada satu prof tu dedahkan tentang gula sekarang. Cuba tgk gula yg kita beli tu warna putih jer. yela nmpak sedap, bersih kan. Tapi asalnya dari ape? tebu kan? Tengok air tebu jap, warna dia kehijauan. tapi nape gula tu putih ha? pikir la sendir, takkan tapis kot, hilang la manis tu. Satu lagi aku nak cakap pasal kopi. Ramai cakap kopi tak elok diminum, sakit kepala hotak la  migrain la kafein la. Ye betol mmg ada kafein kot tapi nak dibandingkan dengan nescafe? Ramai lagi setuju minum nescafe dari kopi. Walhal kopi tu la sunat kita minum kalau ikutkan landasan islam. Banyak fakta sains kita sekarang dah diubahsuai. Yahudi punya angkara. Aku dah test minum kopi 2 bulan tak penah sakit kepala tapi badan makin cergas ada la. Terpulang nak caya atau tak lantak la kau org aku bagitau jer. Korang tau tak yahudi suka minum ape? salah satu menu diorang ialah kopi la. Bukan nak suruh ikut diorang tapi diorang sendiri ikut cara kita iaitu islam. Lagi satu menu kira wajib gak la bagi yahudi ni susu plus kurma makan serentak. Ini petua dari moyang apak diorang. Mungki sebab tu bijak2 buat cerita tranformes avatar segala. Ada lagi, daging lembu elok dimakan daging kambing tak bagus, sakit kepala banyak kolestrol. Dulu nabi kita bela ape ha? lembu ek? Terang-terangan sunat kita makan daging kambing. jabatan pertanian sendiri dah terangkan pasal daging kambing sangat elok. Aku tengok sendiri rancangan tu. Punca sakit kepala tu diorang set kat kepala hotak diorang macam tu, sebab tu sakit kepala. Macam kita makan durian la, sedap kan tapi mat salleh cakap busuk, jijik apa bala semua tu. Sama jer yang penting setting mentaliti tu la. Banyak giler klu nk story semua bab makanan ni. Tapi yang aku tau yahudi punya plan memang menjadi, pesongkan akidah kita dan kebenaran. Wallahualam. 

     Dah la kot, bebel je pon tak gune. Adios amigos...
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)