31 Disember 2010

Selamat tinggal 2010

::Assalamualaikum::

Hari ni dah masuk hari terakhir bagi tahun 2010. Terasa begitu pantas bagi aku masa berlalu sehingga tidak sedar kita dipenamat 2010. Diam tak diam semakin hari semakin tua usia kita dan rentak kehidupan juga berubah. Banyak tarikh keramat bagi aku tahun ni. Dari tarikh lahir aku yang jatuh serentak dengan hari kelahiran nabi junjungan kita Muhammad S.A.W sehinggalah tarikh pemergian ibunda tercinta 01 januari 2010. Konflik hidup aku juga tahun ni agak teruk kerana sekadar perjuangkan kebenaran. Tapi nyatanya itu sekadar fitnah dunia yang sementara ni. Dugaan dari yang esa tanda sayangnya pada hamba-hambanya. Seakan-akan tak  padu hendak dipikul dugaan tahun ni tapi syukur aku dapat hadapinya dengan tenang. Walau banyak kenangan pahit dari kenangan manis tapi aku tetap aku. Kalau tak lautan luas direnangi manakan sampai ke tebingnya. Ni pepatah aku sendiri, sekadar panduan hidup aku. Apa yang aku risau kehilangan tu selalu menghantui dalam benak fikiranku. Tapi kehilangan juga ketentuan qada dan qadar dari Allah. Redha itu satu perkara yang mulia disisiNya. Aku harap hidup aku bertambah baik ditahun 2011 nanti. Masa terus berlalu meninggalkan kita. Masa juga tiada bersifat kebelakang kembali kepada sebelumya. Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim datanglah engkau wahai 2011 dengan segala keberkatan dan rahmatmu ya Allah. Sekadar bicara sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca.
Hyprobulksms

26 Disember 2010

Soal jodoh?


Cinta?? antara perkataan yang aku anggap karut belaka. Tapi kalau jodoh yessza aku suka harhar.. Tak semua orang boleh memiliki cinta sejati. Semua orang perlukan pasangan hidup. Tidak kira mcm mana pun perkara ni mesti berlaku lainlah kalau anda memilih untuk hidup sendirian. Dalam usaha menuju kearah itu mesti bermacam-macam karenahnya bukan? ada yang frust menonggeng ada yg bunuh dirilah dan macam-macam dah aku dgr. Yang berjaya tu Alhamdulillah aku ucapkan .Setakat frust tu bole la blah tapi kalau bunuh diri tu bongok giler. Jodoh oh jodoh manelah kau??

Mungkin ramai kat sini tertanya-tanya akan jodoh korang, siapakah dia tu jeng3...Tapi yang aku pelik dugaan tu amatlah berat bagi aku sebab ape setiap kali aku jumpa mesti ada yang tak kena. Nak tunggu kena memang ntah bila betol tak? Macam main tikam2 jugak kot. tapi nak cari bini atau suami takle la tikam nanti mati anak orang hahaha..Sebab ape bila kita 'tikam' ni kita tak tau ape nak jadi dimasa depan kan. So lebih baik kita pilih yang terbaik buat diri kita dan masa depan. Perkara sayang tu nak tafsir camne ea? Ntah la aku pon tak tau korang sendiri tau kan. Untuk kesekian ribu juta kalinya ramai ustaz nasihatkan 'permulaan yang buruk tidak menjanjikan kebahagiaan dan kesudahan yang baik'..Ni yang aku dgr lah bukan nak ceramah. Kalau awal-awal lagi dah nampak simptom2nyer takkan nk angkut jugak? Tapi tu semua bergantung pada environment jugak. Tak semestinya buruk tak boleh menjadi baik tapi pisang takkan berbuah dua kali. Kena ingat tu, mana boleh reverse! Tapi kalau disemai balik bolela pastu bagi baja-baja yang terbaik insyAllah boleh kot. Tapi tetap tak sama dengan pisang yang first tadi kan? Tu dah pisang lain hehehe. Pisang lemak alahai comey..Gambar yang aku masukkan ni adalah sepupu aku, struggle dalam mencari jodoh dia tapi lastly Alhamdulillah Allah makbulkan doa dia, dapat ustazah la katekan hehehe. "KALAU DAH JODOH TAK KEMANA" pusing-pusing kat situ jugak hehehe..

Pada yang dah berkahwin tu agak-agak camne ek masa korang buat keputusan sblm berkahwin tu? kira BERANI MATI ke atau camne? Yela kawin ni bukan perkara main-main leh tangkap muat jer. Mesti kena istiqamah pastu istikharah sikit. Ada ke yang kawin kerana terpaksa? Ada ek. Aku rasa la..Pada lelaki yang berumur 25 keatas tu bole dah kawen, kalau belom blh la cari2. kalau pempuan lepas umo 25 kalau tak kawen tu jaga-jaga lah hehe. Market jatuh, laki takpe makin tua makin berisi la katekan. Haa aku tak memihak sapa-sapa tapi atas kebenaran cehh.

Dimusim-musin mengawan eh musim kenduri kendara ni aku ucapkan pada semua yang baru melangsungkan majlis perkahwinan aku ucapkan semoga bahagia dan diberkati olehNya hingga ke akhir hayat nanti insyAllah :-)
Hyprobulksms

Buat seseorang.

Mata takle lelap, jiwa rungsing, fikiran berkecamuk. Apa yang perlu aku buat nie.Kenapa aku terlanjur syg kat ko? Kenape aku kenal ko? Ya Allah tlg la bagi jalan penyelesaiannya secepat mungkin. Camne nk solve ni adoiii...apepon aku just post video ni buat seseorang yg aku sayang.


Hyprobulksms

21 Disember 2010

Art Of Life- X-Japan

X-JAPAN

X-Japan, one of my favourite music band from the land of Nippon or Japan. Even im too late to love this band but i know their songs so meaningful to my life. Once i heard their song my heart like go away by the rhytm, and give me some new relief to my pain, breathing. Just a few weeks ago, everyday i played the album and soon i'll hope so. 

The genre maybe for me is ballad but honestly they play 'rocks'! All the structure of their music is so beautiful and totally so well. Yoshiki the drummer can get my adrenalin go high, he can also play piano and violin too. I dont know how to say, but you can enjoy this song for your first impression. Art of life by X-Japan.  Another best song is 'Week End'. Starving to feel it everyday lol.



ART OF LIFE- X-JAPAN (LYRICS)
Desert Rose
Why do you live alone
If you are sad
I'll make you leave this life
Are you white, blue or bloody red
All I can see is drowning in cold grey sand

The winds of time
You knock me to the ground
I'm dying of thirst
I wanna run away
I don't know how to set me free to live
My mind cries out feeling pain

I've been roaming to find myself
How long have I been feeling endless hurt
Falling down, rain flows into my heart
In the pain I'm waiting for you
Can't go back
No place to go back to
Life is lost, Flowers fall
If it's all dreams
Now wake me up
If it's all real
Just kill me ***

I'm making the wall inside my heart
I don't wanna let my emotions get out
It scares me to look at the world
Don't want to find myself lost in your eyes
I tried to drown my past in grey
I never wanna feel more pain
Ran away from you without saying any words
What I don't wanna lose is love

Through my eyes
Time goes by like tears
My emotion's losing the color of life
Kill my heart
Release all my pain
I'm shouting out louder
Insanity takes hold over me

Turning away from the wall
Nothing I can see
The scream deep inside
reflecting another person in my heart
He calls me from within
"All existence you see before you
must be wiped out :
Dream, Reality, Memories,
and Yourself"

I begin to lose control of myself
My lust is so blind, destroys my mind
Nobody can stop my turning to madness
No matter how you try to hold me in your heart
Why do you wanna raise these walls
I don't know the meaning of hatred
My brain gets blown away hearing words of lies
I only want to hold your love

Stab the dolls filled with hate
Wash yourself with their blood
Drive into the raging current of time
Swing your murderous weapon into the belly
"the earth"
Shout and start creating confusion
Shed your blood for pleasure
And what? For love?
What am I supposed to do?

I believe in the madness called "Now"
Past and future prison my heart
Time is blind
But I wanna trace my love
on the wall of time, over pain in my heart
Art of life
Insane blade stabbing dreams
Try to break all truth now
But I can't heal this broken heart in pain
Cannot start to live, Cannot end my life
Keep on cry

Close my eyes
Time breathes I can hear
All love and sadness
melt in my heart


Dry my tears
Wipe my bloody face
I wanna feel me living my life
outside my walls

You can't draw a picture of yesterday, so
You're painting your heart with your blood
You can't say "No"
Only turning the wheel of time
with a rope around your neck
You build a wall of morality and take a breath
from between the bricks
You make up imaginary enemies and are chased by them
You're trying to commit suicide
You're satisfied with your prologue
Now you're painting your first chapter black
You are putting the scraps of life together
and trying to make an asylum for yourself
You're hitting a bell at the edge of the stage
and
You are trying to kill me

I believe in the madness called "Now"
Time goes flowing, breaking my heart
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I haven't found what I'm looking for
Art of life
I try to stop myself
But my heart goes to destroy the truth
Tell me why
I want the meaning of my life
Do I try to live, Do I try to love
in my dream

I'm breaking the wall inside my heart
I just wanna let my emotions get out
Nobody can stop
I'm running to freedom
No matter how you try to hold me in your world
Like a doll carried by the flow of time
I sacrificed the present moment for the future
I was in chains of memory half-blinded
Losing my heart, walking in the sea of dreams

Close my eyes
Rose breathes I can hear
All love and sadness melt in my heart
Dry my tears
Wipe my bloody face
I wanna feel me living my life
outside my mind

Dreams can make me mad
I can't leave my dream
I can't stop myself
Don't know what I am
What lies are truth?
What truths are lies?

I believe in the madness called "Now"
Time goes flowing, breaking my heart
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I haven't found what I'm looking for
Art of life
I try to stop myself
But my heart goes to destroy the truth
Tell me why
I want the meaning of my life
Do I try to live? Do I try to love?

Art of life
An Eternal Bleeding heart
You never wanna breathe your last
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I'm feeling for
A Rose is breathing love
in my life


Hyprobulksms

20 Disember 2010

Pegi Jamming: Kubur Band

GENG KUBOR

Dek kerana kekusutan kepala dan juga tak tau nak buat ape wa ajak membe2 wa release kan all the dirt. Macam biase la hobi kitorang ni kalau dalam sebulan tak jamming memang tak sah.  Ada gak membe wa yang keje tapi wa ajak gak hahaha. Seb baik dia tu gitar lead kami, aku setakat main bass jer. Dulu penah gak wa main band untuk kenduri kahwen punyer tapi tak lama setakat sampai umo wa 18 lps tu tah kemana.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni wa seakan terajak-ajak tuk pegi jamm. Sebelum jamm yang ni wa dah pegi sekali kat pekan dekat tempat wa lepak. Sound mantap tapi tokey tu takle blah, disiplin konon pegi jahanam la ko tokey. Membebel macam buntut ayam padahal tak terer bak Ygwie Malmsteen pon ceh. Mau kasi pecah punya pasal wa layan jelaaa. Hambek sejam RM25 tapi memang puashati. Malam tadi kami repeat kat studio yg agak mantep sket sejam RM30. 7Tribe Studio. Amp ada Laney, Peavey bole la blah sket tapi drum plak dh macam kompang wa dgr so leader kami cakap takle blah haha...Tapi sound bass tu wa memang suke, slurrpp gempak bunyi seketul2...

Antara lagu-lagu yang kami bawak tu campur2. paling gua layan lagu dari kumpulan Loudness la dari jepun. Terbarai otak wa layan hahaha..Lagu2 lain macam opera hidup, semangat lamina, pawana, langit dan bumi dll, penat nak tuis semua sampai lagu cik ainon janda muda pon ada hahahaha. Lepas sejam jamming tu kami pegi kat area pub ngan disco. Haaa jgn pikir bebukan wa tak pegi ler tmpat macam tu tapi wa singgah jamming studio area tu. Lagi dasyat alat2 semua pawer renjer wehhh....Aku ingat next stage wa nak ajak geng kubur ni pegi pecah kat situ plak. Best2!!

Lusa wa turun semenanjung nak jumpe geng2 lama jamming, praktis habis2san la 2 ari ni..Pastu wa nak balik kg tengok bapak wa sekali dengan pegi kenduri kawen sepupu wa. Adik membe wa yg dulu syok kat wa pun jemput ke kenduri kahwen dia hahaha perasantan aku. Dh jadi cekgu dah dia aduii melepasss. So utk reader or silent reader wa minggu depan wa jarang nk berblogging(ceh macam selalu jer berblogging) lagi pon wa punya line berukben slow macam siput nak panjat KL tower..Pundekk betol..Sory geng ni la masalah wa sbb jarang nak dtg blog lu all.
Tuje lah kot.. tak reti nak taip banyak2. Thanks 4 readme.
Hyprobulksms

17 Disember 2010

Zynga Poker


Takyah aku nak bagitau amende menatang Zynga nih. Ramai yang tau, kalau anda tak tau especially pompuan leh tanya balak2 korang benda nih. Bagi sesiapa yang tak tau ni adalah poker atau judi siber. Ramai membe2 aku ketagih benda ni sampai tak tido dibuatnyer. 

Permulaan aku jumpa game ni kat Tagged, masa tu aku ada akaun tagged tapi skg takde dah. Tengok membe aku main macam bosan jer tapi bila aku test mak aihh best la pulak. hampir setiap hari aku main menatang ni tak kira bila waktu free. Dalam tu ada chip atau pun senang cakap duit ler duit palsu. Ada menang ada masyukk. tak menang jgn harap haha. Tapi Zynga bagi chip free setiap hari bagi sesape yang rajin main. Paling best bila duduk satu table dgn kawan2 tempat keje pastu kasi taruh gila-gila. Esok tu pulak cerita kat tempat keje dh macam takde keje huahuahua. 

Ada pulak membe2 aku yang dapat banyak chip siap jual RM5 utk satu juta chip. Wahh jadi bisnes pulak. Tapi ok la tolong kawan2, kadang2 tu ada plak yg tensen sbb kalah pastu tak main sampai seminggu. Bagi aku poker ni just utk hiburan jer. Time tak tau nk watpe baru aku layan zynga poker nih. Syok lagi bila line berukband ni laju kalau tak mmg terhegeh2. 

Selain dari tu blh dapat membe2 dari serata dunia. Server connect satu dunia. Dh antarabangsa ni ada la pulak kutuk mengutuk adoiiyaiii. Siap gado2 plak tue nak2 dgn jiran kita ada jer topik nk buat gado.
Xpelah kalau korang ni penggemar poker leh la isi masa lapang kalau takle nak membuta hahaha...
Hyprobulksms

14 Disember 2010

Mana satukah pilihan aku???

"Ape lah yang merungsingkan aku sangat malam nie, manakah pilihan yang patut aku buat. Tahun depan perlu ke aku sain atau tak? Perlu ke aku menyambung perkhidmatan aku? Kalau tgk skg ni jer memang aku dah tak bole blah lagi dah. Membe2 pun dah surut semua dah benti dan beralih ke Mas dan AirAsia. Perlu ke aku tanggung benda yang saban hari menjengkelkan aku? Pilihan aku salah ke? Arghh...aku rasa aku tak silap pilih jalan cume mungkin ini satu peluang bagi aku. Ada yang kata pencen ada jugak yang kata benti jer. Kalau nk ikutkan skrg ni semuanya duit..Apa pun tak bole kalau takde duit. Tapikan duit itu hanya bersifat sementara? Tapi kalau aku teruskan jugak aku tau ape yang bakal aku jumpe nanti. Mungkin korang tak paham dgn keadaan sebab tu dalam hati korang cakap "teruskan jelah dah alang2 tu pencen jelah dan macam2. Keje kerajaan ni ok bukan tak ok cuma ermmm agak ssh nk terangkan kat sini.. 

Skrg ni je dah masuk 8 tahun aku keje dan pengalaman keje aku kat bahagian aviation ni masuk 7 tahun. Agak kuat disitu tapi ekonomi bila-bila bole berubah kan? Masih di tahap pemikiran yang tak brape kritikal hahaha....Ape pendapat korang ek tapi korang takle nk bagi keputusan tepat sbb aku tak cerita pasal ape aku nak benti awal. Kalau aku jadik benti ni memang kira kering la.3-4 tahun lagi kita tak tau pe jadi...ye aku tau ler.. adoiii so complicated lah kawan. Kawen pon tak lagi hutang rumah pun berlambak nk kna bayor lagi aduhh. Tapi dah itu je harta yang aku ada..manelah aku nak duduk klu tak beli umah kan. Sekarani pehal la semua benda mahal2 takle murah2 ke?? hahaha..gelak je aku taip post ni pehal tah.. Aku rasa aku nk bumi cawangan baru la, aku nak buat kerajaan aku sendiri aku yang manage hehe...Giler ke hape..

Hurmmm ...takpelah saje jer tangan aku ni gatal nak taip.. tq gak pada sape2 yang tak sengaja baca post ni hahahaha....babaiii..


Hyprobulksms

Setitis tinta dimalam hening

Dalam kesesakan dunia masakini kita  semakin alpa dengan apa tujuan kita diciptakan didunia. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan cabaran dan juga muslihat tersendiri buat kita mengenal diri untuk menemukan apa yang dihajatiNya. 

Maka walaupun tanpa kita sedari, kita masih didalam belenggu hasutan syaitan setiap minit dan setiap waktu, merentas masa dengan tanpa sesaat pun digoda oleh syaitan laknatullah. Apalah ini suatu dugaan ataupun alasan untuk kita terus berjuang kembali kejalanNya. 

Indahnya alam ini sengaja dicipta oleh Allah S.W.T yang esa untuk kita renungi dan nikmati secebis nikmat iaitu nikmat duniawi yang kadangkala membuat kita tenggelam dalam keindahan-keindahan yang ada. Itu hanyalah lampias dari sedikit keagungannya wahai kawan. Andai kita merasai itu adalah nikmat maka adalah jauh sekali nikmat di syurgawi yang Allah janjikan. Cukuplah dgn nikmat yang diberikanmu ya Allah. Aku hampir tenggelam dengan cubaan-cubaan Mu.

Tetapkanlah imanku, keluargaku, sahabat-sahabatku juga saudara-saudara se-islamku, semoga kita bersatu menghadapi hari kiamat juga meniti titian siratalmustaqim dengan jayanya kelak. Juga berkatilah rezeki-rezeki kamu yang kau berikan ya Allah. Sesungguhnya kami amat mensyukuri pemberian Mu kerana itu adalah yang terbaik dari Mu kepada kami. Cucurilah rahmat keatas nabi junjungan kami nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat nabi, para anbiya, ulama' juga para pejuang-pejuang islam dimasa lalu. Perjuangan mereka adalah sangat-sangat berharga buat kami yang menikmati kelengkapan islam kini. Tanpa mereka siapalah kami, penyambung warisan islam sehingga ke akhir zaman.

~Amin amin ya robbal alamin~

Hyprobulksms

12 Disember 2010

XPDC satu kenangan aku

XPDC-DARJAHSATU
Dengar je Xpdc mungkin skg ni ramai yg dah tak tau kumpulan muzik rock tanahair yg dulu penah menjadi kegilaan bebudak remaja. Mana2 pegi mesti dgr lagu Xpdc dinyanyikan tak kire la radio ke ataupun mulut.
Album pertama XPDC-darjah Satu adalah album pertama yg aku dgr dr kumpulan ni, masa tu aku tak igt brape umur aku. Yang aku ingat kalau dgr lagu C.I.N.T.A je teringat masa pegi jalan-jalan dgn abg aku masa lepas hujan. Masa tu jugak aku baru je lps blaja naik basikal so dgn banggenye aku mengayuh smbil bernyanyikan lagu C.I.N.T.A . Sampai skg aku igt that moment. Abg aku punya keja la ni sbb dia antara rockers sejati yg aku kenal masa tu. Search, Xpdc, Lefthanded. Metallica memang abg aku tapau habis dgn gitar dia. Lepak kat bawah pokok manggis depan rumah atok aku dgn kawan2 dia dgn beberapa gitaris kampung. Rambut ala rock 90'an, kasut Aliph buatan Bata yg dh pupus tu dan dress up yg betol2 rock menguja aku tuk jadi mcm mereka hehehe. Tapi masa tu aku masih kecik lom skolah pon so aku tmpg tgk jela smbil jadi penyanyi latar hahaha..

Ni antara tajuk2 album Darjah Satu-XPDC kat bawah tu ada link untuk korang download satu album terus.

  1. Raja kertas
  2. Aku dan sesuatu
  3. Pelesit mata sebelah
  4. C.I.N.T.A (instrumental)
  5. Gerak 2000
  6. Bukan milik aku
  7. Abadikan tragedi
  8. Cermin dunia
  9. Jangan tak mandi
  10. C.I.N.T.A

XPDC-TIMUR BARAT
Album kedua Xpdc iaitu Timur Barat 1993 ada sedikit perubaha pada struktur lagu sbb lagu2 dlm tu ada sedikit lebih keras dari album Darjah Satu. Tapi masih ada lagu yang agak slow tuk wat layan2. Boleh aku katekan album ni the best lah sbb banyak lagu2 dlm tu yg match ngan life aku masa tu. Sampai sekarang pun aku msh layan lagu2 drg dari album ni bila aku boring. Vokal si Mael org muar a.k.a kampung aku suara dia mmg best. Dari dulu sampai sekarang sama jer suara dia. Ada gak aku terserempak ngan dia kt muo dulu. Tp skg ni dgr dia dh jadi mat per. Apa nak jadila ko Mael. Kalau rasa2 korang yang mmg peminat album Xpdc album ni leh la tgk list lagu ni dan download album link pun aku bagi terus.

  1. Cinta kenangan silam
  2. hamba abdi
  3. Ikatan
  4. Lagu dari aku
  5. Penyakit gatal
  6. Hairan bin ajaib
  7. Talam dua muka
  8. Cinta kenangan silam (instrumental)
  9. Cekal
  10. Impian seroja

XPDC-KITA PENG YU
Antara Album yg mempunyai kualiti sound dan effect yang termantap ialah album ketiga iaitu 'Kita Peng Yu' . Sebenarnya aku hampir lupa nak masukkan cerita mengenai album ni tapi akubat ada seorang sahabat yang dah komen kt post ni aku terus edit supaya aku dan korang tak ketinggalan untuk download dan dengar balik lagu-lagu dari album ni. Terima kasih banyak bro! Memang tak patut aku tinggalkan album ni sebab ni antara yang paling keras penah Xpdc keluarkan. Sound yang agak raw untuk kita dengar masakini. Lau lagu dalam album ni juga antara ter 'hot' dimnainkan di radio tempatan dan jiran kita Singapura. Antara deejay radio yang banyak membantu kumpulan Xpdc ini ialah Isma Halil Hamzah (sory abg isma kalau salah taip nama) dalam rancangan Rennnntakkkk. Kalau tak silap radio THR-time highway radio. tak penah miss beb hahaha.. Okla cakap banyak tak gune sila tgk tajuk2 lagu dan download percuma  :)

  1.  Bahalol
  2. Nafisa
  3. John Jenin
  4. Kita Peng Yu
  5. Kabus semalam
  6. Selendang merdeka
  7. Hijau bumi tuhan
  8. Ntahapahapantah
  9. Titian Perjalanan
  10. Sentuhan Xpdc
DOWNLOAD ALBUM KITA PENG YU

 XPDC-BRUTAL
Setelah sekian lama aku menunggu lebih 4 thun kemunculan album baru last2 keluar gak album Brutal-Xpdc tahun 1997. Masa ni aku dah tingkatan satu, Banyak lagu2 dari album ni dimainkan di majlis2 kenduri kahwin di serata Johor ketika tu. Antara lagu2 yg menjadi permintaan muda mudi pd setiap kali ada jemputan band pada malam hari di rumah pengantin. Antara lagu yg paling aku minat dlm album ni 'Aku masih disini dan Hentian ini'. Tangkap syahdu beb hahaha...macam biaser aku list kan tajuk lagu utk korang download album Brutal ni skali.

  1. Tak nak jadi soh chai
  2. Hentian ini 
  3. Hidup bersama
  4. tinggalkan semala
  5. Aku takkan bising
  6. Senapang patah
  7. Cempedak jadi nangka
  8. Aku masih disini
  9. Semangat yang hilang
  10. Apa nak dikata

Empat album ni aku rasa mmg tiada gantinya dari album2 Xpdc yang lain. Selepas dari album ini Xpdc muncul dgn album Samurai dengan gandingan vokal baru iaitu Ali dari kumpulan Terra Rossa yg penah hit dgn lagu Bunga Angkasa. Xpdc juga muncul dengan album2 lain antaranya Rasopariso sekembalinya Mael pada kumpulan Xpdc. Tapi 4 album ni mmg class dan akan aku abadikan lagu ni sampai bila-bila. Good luck XPDC!!

Hyprobulksms

08 Disember 2010

Info Takwim


::Assalamualaikum::


Tahukah anda disebalik bulan-bulan islam terdapat makna disebalik sebutan itu. Org arab menamakan bulan mengikut keadaan alam dan masyarakat pada masa tertentu. Bergantung pada persekitaran kehidupan juga. Berikut adalah nama-nama dalam bulan islam.


MUHARRAM
Yang diharamkan atau menjadi pantang larang kerana dibulan itu diharamkan menumpahkan darah atau berperang.

SAFAR
Safar ataupun kosong. Penamaan ini terjadi kerana orang lelaki pada zaman itu keluar untuk pergi berperang sehingga tiada lelaki dimukim itu.

RABIUL'AWAL
Rabi'(menetap) awal(pertama). kembalinya kaum lelaki dari merantau ke rumah masing-masing. Terjadi uga banyak peristiwa sejarah pada bulan ini.

RABIUL'AKHIR
Waktu penghabisan menetap lelaki dirumah.

JAMADIL'AWAL
Jumadi(kering) awal(pertama) . Bulan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

JAMADIL'AKHIR
Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

REJAB
Bererti mulia, orang arab zaman dahulu memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.

SYA'ABAN
Ertinya berkelompok. Orang arab ketika ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Bulan ini juga adalah bulan perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

RAMADAN
Ertinya sangat panas. Bulan yang satu-satunya disebut dalam Al Quran. Bulan yang mempunyai pelbagai keistimewaan, kesucian dan keutamaan.

SYAWAL
Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke alam fitrah (kesucian) selepas menunaikan ibadah puasa, membayar zakat fitrah dan bermaafan.

ZULKAEDAH
Ertinya Zul (pemilik)  dan kaedah (duduk). Bulan istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mreka menikmatinya dengan berehat dirumah.

ZULHIJJAH
Ertinya menunaikan haji, bulan ini sejak dari Nabi Adam A.S menunaikan haji.


Semakin ramai dari kita melupakan kalendar islam. walau dalam ingatan tetapi sejauh manakah kita menghayatinya. Sama-samalah kita renungkan.

Wassalam
Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)