02 September 2010

Ucapan hari raya saya buat semua::::AidilFitri::::


Assalamualaikum w.b.t

Tahun ini kita sekali lagi bakal merayakan perayaan Aidilfitri sebaga tanda kemenangan kita menempuh sebulan berpuasa, menahan nafsu lapar dan dahaga juga dari melakukan perkara maksiat. Persiapan sudah mula dilakukan, mercun juga sudah mulai kedenganran. Sedikit sebanyak mengimbau kembali kemeriahan hari raya Aidilfitri yang telah berlalu sepanjang usia kita ini. Kebanyakan dari kita juga telah mula kembali ke kampung halaman terutamanya buat perantau-perantau yang tinggal berjauhan dari keluarga. Kedengaran lagu-lagu raya disana sini menggamatkan lagi suasana kemeriahan. 


Apa yang perlu dititikberatkan ialah cara penggunaan kewangan kita bagi mengelakkan pembaziran juga inflasi yang berlebihan. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan yang ada, kini pula harga barangan-barangan runcit yang semakin mahal tatkala ramadhan baru sahaja menjelma tempohari. Pengurusan kewangan yang bijak haruslah bermula dari awal perbelanjaan melalui perangkaan dan perbincangan sesama keluarga.


Aspek keselamatan juga tidak perlu diambil ringan kerana seringkali berlaku kemalangan-kemalangan ngeri disepanjang lebuhraya dan juga jalan-jalan biasa. Pastikan kereta anda diperiksa dengan teliti dan juga tahap kesihatan haruslah ditahap terbaik sebelum memandu. Tidur hendaklah cukup sebelum memulakan perjalanan dan juga berhenti ketika mengantuk. Dapatkan bantuan keluarga sebagai pengganti jika tidak dapat menahan mengantuk.

Esok saya akan berangkat balik ke semenanjung Malaysia dan bermulalah cuti saya selama 2 minggu. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halaman setelah sekian lama. Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, maafkan saya sekiranya ada kesalahan saya yang sengaja atau tidak disengajakan. Diharap tahun ini perayaan kita lebih meriah dengan tiada peristiwa yang buruk berlaku. Semoga anda menikmati Syawal ini dengan penuh keriangan dan penuh dengan keberkatan InsyAllah.

::Assalamualaikum::
Hyprobulksms

01 September 2010

Sejauh manakah peranan media dalam menyuntik semangat patriotik?

Akhir ini masyarakat majmuk kita terlalu laju mengejar kekayaan diera globalisasi kemajuan dunia yang arakiannya semakin mencabar. Tidak mengira kaum Melayu, iban, orang asli, india, cina masing-masing mempunyai matlamat memajukan diri sendiri melalui perlbagai cara. Namun pada hakikatnya kita semakin lupa akan semangat patriotik yang sepatutnya ditanamkan dihati sanubari kita selaku rakyat Malaysia. Media adalah medium terbaik untuk menaikkan semangat kenegaraan kita kerana melalui media juga kita kebiasannya mudah terpengaruh dan pecaya tanpa perlu berfikir panjang.

Televisyen adalah sumber maklumat yang utama selain dari suratkhabar dalam kehidupan seharian kita, kebanyakan kandungannya terdiri dari isu semasa, politik dan juga hiburan. Jika dilihat dari mata kasar media tanahair kita lebih menjerumus kepada hiburan semata-mata dimana boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Apa yang hendak saya sampaikan disini bagaimana jika pihak media dengan bijak menyiarkan cerita atau berita mengenai semangat perjuangan dikalangan rakyat terhadap negara. Keadaan rakyat masakini yang tidak menghiraukan kutukan dan cacian negara luar terhadap Malaysia. Hanya omong-omong kosong yang tidak disusuli dengan tindakan. Cuma sekadar luahan kemarahan dan tidak puas hati. Bila agaknya melayu kita nak bangkit kembali seperti dahulu gah disegala bidang. Maruah diutamakan dimana bumi dipijak Malaysia tercinta. 
Jiran kita semakin berani dengan kutukan dan makian yang sepatutnya kita sedar bahawa kita adalah bangsa yang damai. Tetapi juga kita tidak sepatutnya berdiam diri berpeluk tubuh hanya melihat dan sekadar mengutuk perbuatan mereka. Puas kita memberi mereka peluang pekerjaan, tempat tinggal dan juga tiada gangguan terhadap keharmonian mereka disini.


Pada pagi tadi rakan saya memberitahu apa yang telah dilihatnya dari channel seberang. Mereka (pihak media) menggalakkan pemprotesan mereka terhadap negara kita dengan kerap menyiarkan dan memburuk-burukkan negara kita. Ini peranan media mereka! dan kita tidak boleh menyalahkan mereka dengan tindakan ini. Apa yang saya lihat dari televisyen petang tadi, mereka yang membuat tunjuk perasaan diupah melalui pakej-pakej menarik akibat desakan hidup yang memaksa mereka melakukan sesuatu yang ganas dan liar untuk mendapat ganjaran yang lebih. Tetapi pihak manakah yang diupah?? Adakah anda ada jawapannya? Sila kemukakan jawapan anda jika anda yakin jawapan anda itu tepat. Mereka semakin berani dan kita semakin kebelakang. Jika mereka berani untuk mengusir rakyat kita disana bagaimana pula rakyat mereka yang berlambak-lambak disini? Apakah tindakan media kita? Dimanakah maruah bangsa kita, bagaimana kita hendak kekalkan pepatah Hang Tuah "tidak melayu hilang didunia" jika kita asyik dengan keselesaan yang selama ini kita kecapi walau selesa itu cukup sekadar memenuhi keperluan hidup.
Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)