29 Julai 2010

BUANG ANAK

Saban hari aku tengok makin ramai remaja2 ni buang anak. Kalau tengok berita je tak penah miss mesti ada kes nie sampai naik jemu dibuatnyer..


Kebanyakan yg buang anak tu semuanya masih belasan tahun, so ape kejadahnya yg diorang buat kat sekolah tu? Takde keje lain selain me%^&*(), maksiat je kejenya tak sudah2..apela bodoh diorang ni dah tau dose, bahaya pon nk buat jugak. Memang murah bangsa kita sekarang, senang2 diperlekehkan dek bangsa lain. Dah buang anak pastu bunuh pulak adehhhh... gile babeng betol la diorang nie. Ape agaknya hukuman diorang kat akhirat nnt erk??? Kalau dulu ade la jugak aku dgr kes gugurkan janin tapi sekarang lagi senang, beranak je terus masuk tong sampah tak pun lubang jamban...ish3 gila gila gila..ape nak jadi sekarang ni???? Kalau ditanya asyik salahkan lelaki jer tak sudah2..tapi sendiri mau ingat la nafsu ko nafsu binatang jugak bongok. Kalau dah mengandung anak luar nikah pun bela la budak tu. Tahniah2 hampir suku juta pendaftaran anak yang tidak ada bapak sejak 3-4 thun ni..ko memang champion la malaysia bab nie..boleh wakil dunia kategori membuang anak, membuat dosa berzina. Ko lelaki sama jugak takle harap dasar gampang, dapat perempuan je nak belagak yang dia dah buat zina..kepala bapak ko la ajo.. 


Sorry la post aku kali ni memang sedih, marah , geram yang teramat dgn keadaan bangsa kita sekarang ni. Korang nk cakap ape kat aku pon cakap la janji hati aku puas...bila la semua ni nk berakhir...dunia kembali ke zaman jahilliah, bunuh membunuh sesama saudara, zina berleluasa, agama entah kemana..


Aku menyeru lebih baik kita membetulkan diri sendiri dulu kalau kita mahukan masa depan yang lebih baik. Segalanya memang ketentuanNya tapi kalau kita tak berubah sampai bila pon camni. Tahu nk salahkan takdir la die la engko la tapi diri sendiri bongok nk mampos...Membebel pon tak gune tembak lagi la tak kena..sebelum tu tengok betul2 video ni, sama je mcm buang anak jgn nk ignore ..perbuatan yg berbeza je hakikatnya sama jerrr.Chowww Assalamualaikom.
Hyprobulksms

18 Julai 2010

Bila Jiwa Ini Berkata-kata


  
   Sejenak aku termenung, memikirkan masa depanku ini yang tidak tahu dimanakah penamatnya. Adakah ujian ini anugerahmu ya Allah. Seseungguhnya aku tetap bersyukur ats kurniaanMu, segala yg diberi itu adalah semuanya indah kerana diri ini mengerti aku masih dihargai olehMu kerana tidak jemu memberikan aku petunjuk. Aku bersyukur yang teramat dengan keadaan ini, aku mengerti tiada kejayaan tanpa dugaan dan rintangan. Seringkali aku memikirkan yg ini adalah positif dan akan ku sematkan dihati sanubariku yang hidupku ini hanya untukMu. Redha dan sabar terhadap semuanya, ini sekadar ujian dan segala-galanya adalah ujian dan aku gembira dengan ujian itu. Akan ku kukuhkan diri ini demiMu ya Allah. Aku yakin suatu hari nanti aku akan jadi seperti yang aku akan harapkan. Bukan kemewahan duniawi tetapi kemewahan jiwa sanubari ku terhadapMu. Kemarilah imanku, rapatlah bersamaku , seraplah jiwaku hingga keakhir hayat ini. Aku hanya insan yg lemah, terkadang lalai dengan hasutan syaitan laknatullah. Zaman sudah dipenghujungnya dan tanpa ragu-ragu inilah masanya untuk berubah. Cukuplah setakat ini, biar ku tenangkan roh,jasad dan nyawaku ini semoga bersedia menemuiMu ya Allah. Marahku hanya pada diriku sendiri yg acapkali gagal berada dijalanMu, adakah inilah namanya manusia, pakaianku yang tidak sepatutnya kupakai, tetapi itu ketentuanMu dan aku redha. Segalanya telah ditentukan dan inilah kehendakMu Ya Allah. Semoga diri ini tetap dalam imanMu InsyAllah.
Hyprobulksms

10 Julai 2010

Preview filem PREDATORS

 Time aku tulis blog post aku baru je balik dari tengok citer 'Predators' yang baru dilancarkan kat pawagam2 semalam iaitu 8/07/10. Sampai je kat panggung aku tengok ramai giler orang mcm takde can je hari ni nk tgk citer predators tu. First time sampai sekarang aku memang minat kat citer ni dek kerana senjata2 mantap yg slalu team manusia lawan diorang. So aku ambik la tiket midnight pkul 1245a.m tadi.

   First babak yang dah buat aku kompius camne geng2 manusia ni turun kat tempat yang dorang sendiri tak tau. Mulanya hero ni tengah jatuh dari langit sambil pengsan, tetiba sedar pastu trus payung terjun terbukak tu pon last minit. Dah tentu parah la jugak jatuh ke tanah sebab payung lambat buka. Aku ingatkan die sorang je rupenye ade lagi ramai yang senasib dengan die sma cara camne dia jatuh dari langit. Korang musti pikir dorang jatuh dari mane, kapal terbang ke ape ke? Tu nanti aku cakap la hehehe. Diorang ade tujuh orang kalau tak silap aku termasuk seorang pompuan dengan seorang tu islam sebab ada babak die tgh semayang. Tapi pompuan tu yahudi, yahudi israel a.k.a amerika hahaha. Group diorang tu semua ada kepakaran masing2, hero tu askar upahan heroin plak askar militan israel kira IDF la tu kononnyer (hotak die la). Ada yakuza sorang , askar chechnya, dokter ngan ape lagi tah.

   Sebenarnya semua tak tau kat mane diorang mase tu sebab semuanya berlainan, hutan je mcm hutan amazon tapi ada binatang pelik2 yg rakus dan ganaz. Sepanjang diorang berjalan nk cari jalan keluar matahari tak jatuh. Lagi la dorang kompius, kompas tak dpt cari kutub so pegi mana2 pon tarak guna. Memula dorang ni kena serang sekumpulan macam anjing ape tah tak penah aku menengoknyer hahaha kira dari plenet lain la gamaknyer, beberapa org terbunuh dan tercedera. Hero tu mcm dapat agak yg dorang ni dijadikan buruan oleh sesuatu pihak sebab banyak jumpe jerat. Dalam jalan punya jalan tu terjumpa plak tempat bangkai2 mcm previous cter predators yang lama, tapi ada sekor predator yang kena ikat. Apehal tah die. Kompius lagi aku. Tetiba muncul plak sorang manusia ni leh nyamar mcm predator plak leh ilang2 macam biskut merry tu hahaha. rupanya die salah seorang yg selamat survival dalam hutan pelik tuh. Tapi jgn silap, mamat tu rupenye nk rampas senjata group tu jer. So dipendekkan citer kena bunuh dah hahaha. Mula kat sini la predators - predators tu muncul. Ada tiga ekor tapi tak jinak la pulak, mereka ni dari spesis lain senjata pon lain sket muka lagi la lain. Mungkin yang ni makan dedak kot tak pon jagung ayam. Dalam lawan punya lawan tinggal la sekor yg ganaz dan selamber kununnyer. Dalam masa yang sama spesis kuno tadi hero dah lepaskan dan dgn selamber die memakai sut khas yg di jahit khas oleh juru jahit filem tu. Spesis predator lama lawan spesis predators baru. Yang lama mati camtu jer ciss. Hero lawan punya lawan biase la musti marii eh musti menang kan? End of the story hero menang ngan pompuan yahudi tu jer idop.. Adakah mereka dapat jalan keluar dari dunia pelik tu??? kena tengok sendiri la broo haha...
   Tu jer aku leh kongsi, nk lebih pegi la tgk sendiri. Komen aku filem Predators ni ada sedikit upgrade la dari segi grafik.. Selamat menonton..peace until end.

Hyprobulksms

07 Julai 2010

Edisi Mari Menjelajah- lokasi: Sri Aman, Betong, Saratok. Lubok Antu.

   Setelah sekian lama aku tak menjelajah akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi ke tempat baru yang sememangnya belum pernah aku pergi. Betong, satu kawasan yang agak terpencil di pedalaman sarawak tetapi agak lengkap kemudahannya. Perjalanan ini sebenarnya tidak dirancang sama sekali tetapi kebetulan apabila seorang kawan perlu balik ke kampung halamannya di Betong atas urusan perniagaan.

   Disini aku nak share sedikit sebanyak pengalaman meneroka kawasan baru bagi diri aku. Perjalanan bermula bila kawanku ingin balik ke kampung untuk menghantar barangan yang dipesan oleh abangnya selaku boss kepada dia dan juga menemui isteri dan keluarganya. Pada mulanya perjalanan kami adalah pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat tetapi gagal oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Keesokan harinya iaitu pada hari sabtu dengan tidak semena-mena kawanku menelefon ku untuk bersedia memulakan perjalanan. Selepas sahaja makan tengahari kami pun bertolak dari Kuching menaiki kereta Viva yang dipunyai oleh Adi iaitu kawanku. Dengan kelajuan tidak melebihi 120km/j perjalanan kami agak lancar kerana sewaktu kami memulakan perjalanan tidak banyak lori-lori balak yang selalunya memenuhi jalanraya yang agak sempit itu. Mungkin mereka tidak bekerja pada hari sabtu itu. Setelah melalui Serian akhirnya kami tiba dilokasi pertama iaitu Sri Aman. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam dan kami hanya berhenti untuk berehat sebentar sebelum meneruskan destinasi kami iaitu Betong. Agak letih kerana keadaan jalan yg mencabar dan juga beralun-alun.

    Hanya beberapa minit selepas itu kami teruskan kembali perjalanan menuju ke Betong. Lain pula keadaan traffic jalanraya dari Sri Aman kerana sangkaan saya meleset, lori-lori balak bergiat aktif pada tengahari itu dan membuatkan perjalanan kami agak perlahan kerana perlu lebih berhati-hati ketika memandu. Menaiki dan menuruni bukit yang kerap membuatkan kami keletihan dan berehat diatas bukit untuk menyegarkan badan sambil mengirup udara yang segar dan sejuk disitu. Ketika ini saya terlihat sebuah lori treler yang membawa jentera berat berasap kerana keadaan enjin yang memaksa untuk menaiki bukit yang tinggi. Selepas 10 minit kami teruskan lagi perjalanan dan akhirnya kami sampai di pekan Betong. Namun kami tidak singgah dipekan Betong kerana lokasi sebenar ialah di Sepaoh iaitu didalam daerahnya.

   Setelah sampai dirumah Adi, aku dijamu oleh makanan-makanan yang enak dan agak pelik corak masakannya, tetapi tetap sedap dan memuaskan. Aku bermalam dirumah kawanku  kerana keletihan menghabiskan perjalanan selama 4 jam melalui jalan yang mencabar. Keesokan harinya pula Adi membawa aku ke pesta lumba perahu panjang dimana mereka bertanding mengikut kampung masing-masing dan juga menggunakan perahu yang direka khas menggunakan kayu yang terpilih. Aku dimaklumkan kayu yang digunakan untuk membuat perahu itu adalah sukar dicari dan cara menebangnya agak unik. Pokok yang ditebang untuk membuat perahu itu tidak boleh terbaring ke tanah bila tetakan terakhir, kerana untuk memastikan pokok yang dipilih adalah yang tepat dan juga mengikut tradisi lama. Agak pelik tetapi itulah cara yang sebenarnya meraka lakukan supaya perahu yang siap direka nanti mempunyai spesifikasi khas iaitu laju dan ringan. kenyataan ini benar kerana aku ada bertanya kepada beberapa orang lama-lama cara memilih pokok untk dibuat perahu. Sampai sahaja ditempat pesta lumba itu aku lihat sesak dengan kehadiran penduduk-penduduk kampung untuk melihat peserta dari tempat mereka bertanding dan memberikan semangat. Terharu aku melihat semangat kesukanan mereka melalui kehadiran yang begitu ramai sekali. Mereka yang hadir adalah terdiri dari semua golongan muda-mudi, dewasa dan juga orang tua-tua.

   Pada hari yang sama Adi membawa aku ke lokasi seterusnya iaitu Saratok. Tidak sangka aku boleh sampai ke tempat yang tidak pernah aku terfikir. Perjalanan mengambil masa sejam. Tujuan ke saratok adalah hanya untuk membeli barang-barangan pasar seperti sayur-sayuran dan juga makanan basah seperti ikan dan juga daging. Kebanyakan jenis sayuran adalah dari sumber hutan dan jarang terdapat seperti dipasar-pasar di semenanjung. Ikan-ikan masin juga adalah dari pelbagai jenis ikan termasuk ikan buntal. Hehe macam tidak logik jer ikan masin buntal. Aku sempat membeli beberapa paket kecil ikan buntal masin untuk dibawa pulang ke kampung nanti.

   Balik sahaja dari pasar Seratok Adi dan seisi keluarganya menyediakan makanan untuk tengahari. Antara menu yang menarik adalah ikan masin buntal goreng dan juga ayam pansuh. Ayam pansuh? ermmm..penyediaanya adalah mudah cuma memerlukan buluh lemang kerana ayam itu dimasak didalam buluh dan juga ramuan khas. Setelah ayam itu dikeluarkan dari buluh dan dihidangkan, lauk pertama yang aku ambil adalah ayam pansuh kerana ingin tahu bagaimana rasanya. Memang lazat daging ayam tersebut lembut dan rasanya penuh hingga kedalam daging tambah pula ikan buntal masin goreng. Phewww memang sedap, rasanya aku nak buat sendiri selepas ini InsyAllah.

   Pada petang ahad dalam pukul 4 petang aku dan Adi sedia untuk pulang ke Kuching tetapi akan singgah ke Lubok Antu untuk menghantar adiknya kembali ke tempt kerjanya iaitu di Dam Batang Ai. Dipendekkan cerita apabila sampai sahaja di Batang Ai aku terkejut kerana lokasi yang dituju adalah loji bekalan tenaga elektrik. Sempatlah juga aku mengambil gambar dikawasan atas Dam itu, pemandangan yang sangat cantik kerana keluasan kawasan takungan dan juga airnya yang berwarna biru. Selepas puas bergambar kami pun terus pulang kerana hari sudah agak senja. Memandu ketika malam di jalan Betong-Serian adalah bahaya kerana dikatakan terdapat gangguan dari penjenayah yang sengaja meletakkan halangan ditengah jalanraya contohnya besi, kayu dan juga apa-apa yang boleh menghentikan kenderaan. Kami tiba didestinasi Kuching tepat pada pukul 830 malam.

   Inilah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat saya kongsi sepanjang perjalanan ke Betong Sarawak.


  

Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)